adv

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban.

Mungkin sedikit terlewat, tapi apa apa hal pon selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga kita apa saja yang kita korbankan sama ada zahir atau batin adalah kerana Allah SWT.

Tahun ni sambutan hari raya Qorban tidak seperti tahun lepas dimana aku menumbangkan seekor lembu yang hebat dengan cara menarik tali, berpeluh jugak lah tahun lepas nak tumbangkan lembu ni. masa tu bujang lagi kot, maka aku menjadi kegilaan gadis gadis kampung di sekeliling ku kerana berjaya menumbangkan lembu. -- oh telebeh sudeyy--ini cerite tipu saja harap maklum.

Tapi pada tahun ni, disebabkan jatuhnya pada hari rabu maka sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak mengapply cuti walaupon sehari walaupon bos aku siap tanya "ko tak amik cuti ke?"..ohhh terlebey lagi sudeyy-- sebenarnye balance cuti aku dah nak habis...huahua...

pada pagi raya selepas solat subuh, aku dengan selamber balik ke katil lalu menarik selimut gebuku, tau-tau sdar2x dah pukul 7.30am. dengan gelabahnye aku mencapai tuala mandi ku yang compang-camping untuk memandikan diri. selesai aja mandi aku terus ke keramat rumah pak & mak mertua aku. lepas salam- bersalaman, selamber je aku telan 2-3 butir nasi impit bekuahkan kuah kacang. lalu kami terus ke masjid untuk solat sunat aidil adha.

Alhamdullillah selamat juga aku dan isteri solat sunat aidil adha tahun ni. selesai sahaja solat dan khutbah. aku bergegas balik dan dengan selamber tertido kat sofa sampai pukul 12 lebeh..

terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

p/s Ain harap maklum...kiteorang tak ejek ko eh..lembu ko ade nandek..lembu kite takdek..
yehaaa minggu ni balik melake...


Wednesday, November 10, 2010

macam mana nak beli rumah sekitar KL?


Baru-baru ni, sedang asyik mencangkuk di depan tv rumah aku, tetibe aku ternampak sebijik condo mewah yang sedang dibangunkan berhampiran rumah aku. Pale hutak aku pon terpikir alangkah baiknye kalau aku dapat memiliki sebijik kondo mewah lengkap bersame kolam renang berjakuzi serta aweks aweks...opssss...tersasul..hehhe

tapi apekan daye..KL ni syurga untuk orang kaye, aku duduk sewa kat appartment ni je sebulan kene keluar RM800, aku pon fikir-fikir balik baik aku beli je sebijik rumah, dah setahun aku duduk sini. maknenye aku dah keluar lebih kurang 9.6k untuk tahun ni just untuk bayar sewa rumah je. CIS....boleh buat wang hantaran dah tu...oppssss...tersasul lagi..sori syg.hehhe..

lalu aku terus mencapai laptop aku, bukak lah mudah.com untuk mengoogle rumah-rumah di KL yang mungkin boleh dimiliki aku dan isteri aku, isteri aku stuju je aku nk beli rumah. die pon da tensen dok rumah sewa aku skang ni. CIS...dah la lif selalu rosak, berhantu lak tu.. ade ke siang2x byk imam, pak aji , berserban kat luar. bila malam ramai mambang pondan dan negro-negro. hari tu ada baby kena buang kat tong sampah, ada insident tembak menembak dengan polis dan perompak kat bawah blok aku. lepas ni apa lagi aku pon tak tau la nk cakap.

itulah adat duduk kat KL ni. klo sewa murah, dapat rumah pon area kawasan hitam la. maksudnye kawasan panas dengan jenayah la..aku rase kurang yakin je nak hidup ngn wife aku, mane tau di takdirkan anak aku ramai. aku tak konpiden nak membesarkan anak-anak aku dengan faktor sekeliling yang kurang memberangsangkan. silap-silap anak aku umur darjah 5 dah hisap rokok setaun awal dari bapak die time darjah 6..wakkaka...silap2x umur 3 tahun dah pandai skodeng bapok-bapok kat bawah block aku tu..peeerrhh Ya Allah jauhkan lah ini semua...

so aku rase sangat patut aku mentibai sebijik rumah yang agak mahal skit, yang bertaraf kondo, dan semestinya bukan bertaraf pangsapuri atau flat kos rendah. bukan nak belagak atau nak poyo. lihat je mane-mana flat-flat kos rendah. kebanyakkan orang yang tinggal semua macam tak ada otak. tak ada disiplin dan lain2x lagi. hari tu kereta Singh tempat aku kene timpa dengan pasu bunga dari tingkat berapa tah. kesian singh tu. dia siap nasihat aku " bang jangan park kereta bawah blok, orang sini semua tak ada otak juga, 10 taun saya duduk sini juga, saya sudah tau". bukan tu je, byk lagi benda yang jadi yang menyakitkan hati aku yang lemah ni..rase nk bertumbok pon ade..cis...

so kesimpulannya aku dan isteri aku setuju amik sbijik rumah di kondo sentul utama, dekat dengan kampung dato senu. harge die agak mahal. rase nak menangis gak nk buat loan tu. ye la. kalau beli kat kampung aku da dapat rumah semi D dah, besar lak tu..sedih...tapi apekan daye tuhan da tetapkan rezeki aku ade kat KL..sape tau nnt rumah aku naik jadi 4juta..huahua...

rumah ni ade intercom, swiming pool, cafe guard houses, lagi ape bende tah. kire selamat untuk diduduki oleh aku sekeluarga. alhamdullillah document sume da sign, loan da sign skang cuma tinggal nk dapat surat tukar nama je..insyaAllah tahun depan aku dan isteri aku masuk rumah tu..

tapi hati aku masih mencari lobang2x kerja kat area kampung aku. balik kampung kerja lagi best sebab KL ni tempat orang kaye je..aku cume ibarat lipas je kat kota raya KL. sob sob sob. lagi pon lagi best dok kampung. tenang aman damai. tak de la pening serabut macam kat KL ni. jem sane sini.. peegghhhh...sakit otak aku dok sini lame2x....

kat sini lah bakal rumahku...huhuhu..semoga dipermudahkan insyaAllah..


Related Posts with Thumbnails