adv

Tuesday, July 26, 2011

SATU Cinta Misteri


Sukar di ceritakan kerana terlalu indah bagi yang merasa,
Larut menjadi satu walaupun tak mungkin bersatu,
Aku adalah diri mu,
Diri mu juga aku,
Namun dirimu bukanlah aku,
Indahnya cinta menjadi gila
Cinta gila di mata si akal
Gila yang indah di mata si hati

Cinta perlukan ruang dan waktu
Waktu dan ruang membeku kerana cinta
Malam dan siang
Panas dan sejuk
Tak mengubah perasaan rindu,
Hanya rindu yg merubah sesuatu
Jika cinta pada yang satu
Jiwa yang sujud pada yang satu

Bara di telan terasa manis
Kerana tenggelam bara di dalam cinta
Bintang yg indah menjadi khayalan
Cinta yg khayal menjadi nyata
Nyatanya cinta bagi yang rasa
Butanya cinta bagi yang buta
Biar buta dimata sibuta
Asal kan jelas di mata pencinta

Ruang dan waktu dari yg kasih
Sanggup menanti kasih dari kekasih
tiada cinta tanpa pengorbanan
Tiada pengorbanan terkorban cinta
air mata menjadi modal
Suci nya modal berasal di hati
Kerana Ikhlas suci kembali
Untuk mendamba cinta yg suci

Cinta suci cinta abadi
telah di rela telah di serah
Hanya menanti untuk di sambut
Mungkin terkubur tanpa tersambut
Kerana terpukau dengan khayalan...
Kerana terkhayal cinta suci terabai...

Berkat dari para kekasih..
Dengan syafaat penghulu tercinta..
Dengan izin dan redha darimu..
Suburkan hati ini dengan cinta mu..
Harapan dari hamba berharap
Dikabul hendaknya terus berharap...

Perkenankan lah..


selamat menyambut ramadhan untuk semua....
dari kami sekeluarga...:D
Related Posts with Thumbnails