adv

Wednesday, February 16, 2011

pentas dunia


Semakin hari, semakin mencabar jalan yang perlu di tempuh oleh ku, kadang-kadang macam rasa macam mimpi yang panjang. tapi kita kena tahu tujuan matlamat hidup kita, siapa kita di dunia ini. kerana itu adalah jawapan bahawa hidup di dunia bukanlah mimpi yang panjang semata-mata. Hidup dan mati di dunia di tentukan Allah, ada jangka waktu bagi setiap manusia di dunia ini. terpulang kepada kita untuk mengaturkannya. mata yang celik belum tentu dapat mengenal erti hidup. akal yang waras terlalu bergantung kepada logik untuk berfikir.

mungkin akal bertanya kepada mata yang celik siapa Allah sedangkan si mata yang celik tak dapat menzahirkanNya. mata mencari-cari di mana Allah sedangkan tempat dan masa itu diciptakanNya, adakah Dia bertempat dan berubah-ubah mengikut masa?mungkin soalan ini perlu berbalik kepada hati...tapi hati ini hampir buta dengan dosa-dosa silam.hati telah mabuk dengan dunia yang fana ini. mampukah ia menjawap?maka hidup ini terlalu bergantung kepada mata yang celik dan akal yang waras. maka hanyutlah kita.

hati yang hampir buta ada ubatnya,untuk berubat ada syaratnya. biar pun bersyarat ada usahanya. usaha pula perlu ada sabarnya. persoalannya mampukah aku mengubatinya?mencelik kan hati yang hampir hampir buta?

mungkin aku sudah ada jawapannya,mungkin juga sudah tahu caranya,mungkin usaha dan praktikalnya kurang dan hatiku masih belum sembuh dan masih kabur. cuma dapat aku berpesan kepada hatiku bersabarlah dan berdoalah kerana kita adalah hambaNya yang berharap.

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

barang siapa yang mengenal diri ini nescaya kenallah ia dengan Tuhannya.

mungkin selama ini aku terlalu banyak bertanya dengan si mata dan si hati dan aku banyak tertipu, kini aku rasa sampailah saat aku bertanya pada si hati walaupun ia perlu disembuhkan dahulu.

hadith menyatakan Allah ada di setiap hati orang mukmin. aku harap dapat terus beramal mendekatkan diri dengan Tuhan ku. dan bertanya kan hati, insyaAllah hati tidak akan menipu, kerana ia sangat hampir dengan Allah. mata dan akal dan lain-lain tidak juga menipu kerana Allah sentiasa bersama kita semua. tapi kejahilan yang menyebabkan kita alpa.



Salam Maulidur Rasul semua.

Tuesday, December 21, 2010

Ayah dan Ibu


note: tulisan yang di BOLD harus disebut dalam hati untuk membayangkan cerita dibawah...

Kadang-kadang tengah aku bawak kereta balik dari tempat kerja, aku terpikir "mimpi ke aku ni?". aku cuba fikir balik apa yang aku buat hari tu..
1- bangun tido
2- mandi siap-siap gi keje
3-salam ngn isteri aku tekan butang lift naik kereta/moto gi keje
4-lepak office smpai waktu balik
5-balik bawak kete/moto

hari-hari bende yang same aku buat. tu aku rase macam mimpi yang lama. nasib baik ujian-ujian dari tuhan mengvariasikan hidup aku ni. walaupun pahit ujian menimpa, harus ku telan jua. acccheewaahh..kalau tak de ujian-ujian ni..mungkin hidup ini membosankan..mungkin kita kadang kala terduduk dengan ujian dan dugaanNya. tapi bila kita dapat bangun dari tempat terjatuh. hadirlah rasa kepuasan desebalik penderitaan. mungkin itulah yang dimaksudkan hikmah disebalik kejadian.

Ayahku bukanlah Esmet Ulam Raja, Harta berkoyan-koyan, rumah lak terletak kat bukit cendawan..Ayah aku cuma seorang pendidik, begitu juga Mak aku. masa kecik ku, mak aku slalu pesan...
" tak ada apa yang mak ngn ayah dapat tinggalkan kecuali ILMU, sebab tu mak hantar kau pergi sekolah...."(Sambel menyekeh nyekeh kepalu ku...)

mak ayah aku sanggup pakai baju bundle je pergi kerje (..aku tak tau pon..da besar baru tau..), tak ade baju yang cantik untuk dorang. tapi anak-anak sume dapat baju baru. kerete buruk je mak ayah aku pakai..sampai ade jiran-jiran berbunyik

"kedekut sangat bapak ko tu tukar la kerete tu"..(aku terbayang sumbatkan selipar atau kasut palas jazz kat mulot orang tue tu)

padahal memang ada niat ayah aku nak pakai Volvo atas hasutan kawan-kawan rapat dia. Tapi hasrat dibatalkan kerana memikirkan anak-anak dia yang kuat perhabis harta seperti abdul wahab dan abdul wahib...

Bila ayah sambung Phd di UPM, kiteorang masa tu tinggal kat Segamat. ayah ulang alik dari segamat ke UPM serdang pada hujung minggu. Mak risau, ayah travel jauh naik kereta tegigil-gigil mintak nyawe. semut pon tak teragak-agak nak tendang kete tu kalau ayah aku try nak langgar dia. tapi ayah Gahkan juga bawak kereta tu ke UPM untuk program Phd dia. Mak bisik kat aku, masa tu aku tengah cuti study Diploma kat jengka.

"pis rasanya ayah patut tak tukar kereta" - terus aku jawab tanpe pikir 8 kali..."Patut mak!"
mak aku jawab "emm..mak risau la, ayah naik kereta tu jalan jauh..balik badan sakit-sakit dll..."

last-last ayah pon belilah kereta yang selese skit - proton perdana - walaupon geng-geng ayah ni orang kuat volvo..dan dia terpengaruh dengan geng-geng dia. Dia tetap pilih proton sebab ayah aku sebenarnya sangat patriotik. semangat kemelayuan dia kuat. maklumlah pendidik, apa guna dia mendidik anak bangsanya kalau bukan sebab agama bangsa dan tanahair?so beli kereta proton adalah salah satu cara memperjuangkan alif ba taa..

bila pikir balik, tak tau kenape teringin aku nak belikan ayah aku Samsung galaxy S tab sebijik untuk dia, teringin nak bawak mak ayah aku cuti-cuti di luar negeri. tapi apakan daya ini harta bukan aku yang punya..ahmad albab yang punya..berkat aku melanun kat sekolah dan university..Alhamdullilah dapat la sedikit sebanyak duit nak hidup kat kota metropolitan ni. tapi hajat aku nak bagi mak ayah aku bende-bende mahal seperti berikut. nak-nak aku da kawin ni..tempat keje wife aku masukkan gaji 31-30 hb, kadang kadang tak masuk terus. tapi company aku masukkan gaji awal 20hb dah masuk dah..so dalam tempoh 20hb ke 30hb tu...isteri aku cakap..

"bang jom gi soping soping nak...kite gi the mall ke..gi giant ke nak tak..kite soping soping ..... pakai duit abg"

dan dia akan akan senyap sambil pegang remote control astro sambil kaki sila panggung tengok awan dania bila gaji dia masuk...

wakakak..gurau serius sekejab...:P

so make dengan itu duit aku kompem habis pnye dulu..duit die ade la selamat skit2x..hahaha..tapi die rajin menyimpan..kalau macam aku..kompem aku da pasang target nak beli HTC desire HD nanti..wakkaka
kire ade gak la simpanan untuk anak aku nanti..

tapi rase kat hati memang nak bagi ayah aku samsung galaxy s tab sebab bapak aku ni pun gila gadget and gila jalan-jalan macam mak aku jugak..Banyak gak projek tengah pending ni, tapi hasilnye tak nampak lagi. isk2x..

Jasa mereka tak mungkin terbalas. dorang tak mintak pon semua tu rasanya.. tapi kalau aku mampu, pasti aku cuba buat sesuatu untuk mengukir senyuman kenikmatan di wajah dorang. dorang lah yang paling layak dibahagiakan sekarang. (duit bulan-bulan pon kadang2x tak dapat nak bagi..isk2x...)


insyaAllah satu hari nanti...


bersambung...kalau ade mood.. nak letak gambar skali nanti .... kalau aku rajin...




Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban.

Mungkin sedikit terlewat, tapi apa apa hal pon selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga kita apa saja yang kita korbankan sama ada zahir atau batin adalah kerana Allah SWT.

Tahun ni sambutan hari raya Qorban tidak seperti tahun lepas dimana aku menumbangkan seekor lembu yang hebat dengan cara menarik tali, berpeluh jugak lah tahun lepas nak tumbangkan lembu ni. masa tu bujang lagi kot, maka aku menjadi kegilaan gadis gadis kampung di sekeliling ku kerana berjaya menumbangkan lembu. -- oh telebeh sudeyy--ini cerite tipu saja harap maklum.

Tapi pada tahun ni, disebabkan jatuhnya pada hari rabu maka sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak mengapply cuti walaupon sehari walaupon bos aku siap tanya "ko tak amik cuti ke?"..ohhh terlebey lagi sudeyy-- sebenarnye balance cuti aku dah nak habis...huahua...

pada pagi raya selepas solat subuh, aku dengan selamber balik ke katil lalu menarik selimut gebuku, tau-tau sdar2x dah pukul 7.30am. dengan gelabahnye aku mencapai tuala mandi ku yang compang-camping untuk memandikan diri. selesai aja mandi aku terus ke keramat rumah pak & mak mertua aku. lepas salam- bersalaman, selamber je aku telan 2-3 butir nasi impit bekuahkan kuah kacang. lalu kami terus ke masjid untuk solat sunat aidil adha.

Alhamdullillah selamat juga aku dan isteri solat sunat aidil adha tahun ni. selesai sahaja solat dan khutbah. aku bergegas balik dan dengan selamber tertido kat sofa sampai pukul 12 lebeh..

terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

p/s Ain harap maklum...kiteorang tak ejek ko eh..lembu ko ade nandek..lembu kite takdek..
yehaaa minggu ni balik melake...


Wednesday, November 10, 2010

macam mana nak beli rumah sekitar KL?


Baru-baru ni, sedang asyik mencangkuk di depan tv rumah aku, tetibe aku ternampak sebijik condo mewah yang sedang dibangunkan berhampiran rumah aku. Pale hutak aku pon terpikir alangkah baiknye kalau aku dapat memiliki sebijik kondo mewah lengkap bersame kolam renang berjakuzi serta aweks aweks...opssss...tersasul..hehhe

tapi apekan daye..KL ni syurga untuk orang kaye, aku duduk sewa kat appartment ni je sebulan kene keluar RM800, aku pon fikir-fikir balik baik aku beli je sebijik rumah, dah setahun aku duduk sini. maknenye aku dah keluar lebih kurang 9.6k untuk tahun ni just untuk bayar sewa rumah je. CIS....boleh buat wang hantaran dah tu...oppssss...tersasul lagi..sori syg.hehhe..

lalu aku terus mencapai laptop aku, bukak lah mudah.com untuk mengoogle rumah-rumah di KL yang mungkin boleh dimiliki aku dan isteri aku, isteri aku stuju je aku nk beli rumah. die pon da tensen dok rumah sewa aku skang ni. CIS...dah la lif selalu rosak, berhantu lak tu.. ade ke siang2x byk imam, pak aji , berserban kat luar. bila malam ramai mambang pondan dan negro-negro. hari tu ada baby kena buang kat tong sampah, ada insident tembak menembak dengan polis dan perompak kat bawah blok aku. lepas ni apa lagi aku pon tak tau la nk cakap.

itulah adat duduk kat KL ni. klo sewa murah, dapat rumah pon area kawasan hitam la. maksudnye kawasan panas dengan jenayah la..aku rase kurang yakin je nak hidup ngn wife aku, mane tau di takdirkan anak aku ramai. aku tak konpiden nak membesarkan anak-anak aku dengan faktor sekeliling yang kurang memberangsangkan. silap-silap anak aku umur darjah 5 dah hisap rokok setaun awal dari bapak die time darjah 6..wakkaka...silap2x umur 3 tahun dah pandai skodeng bapok-bapok kat bawah block aku tu..peeerrhh Ya Allah jauhkan lah ini semua...

so aku rase sangat patut aku mentibai sebijik rumah yang agak mahal skit, yang bertaraf kondo, dan semestinya bukan bertaraf pangsapuri atau flat kos rendah. bukan nak belagak atau nak poyo. lihat je mane-mana flat-flat kos rendah. kebanyakkan orang yang tinggal semua macam tak ada otak. tak ada disiplin dan lain2x lagi. hari tu kereta Singh tempat aku kene timpa dengan pasu bunga dari tingkat berapa tah. kesian singh tu. dia siap nasihat aku " bang jangan park kereta bawah blok, orang sini semua tak ada otak juga, 10 taun saya duduk sini juga, saya sudah tau". bukan tu je, byk lagi benda yang jadi yang menyakitkan hati aku yang lemah ni..rase nk bertumbok pon ade..cis...

so kesimpulannya aku dan isteri aku setuju amik sbijik rumah di kondo sentul utama, dekat dengan kampung dato senu. harge die agak mahal. rase nak menangis gak nk buat loan tu. ye la. kalau beli kat kampung aku da dapat rumah semi D dah, besar lak tu..sedih...tapi apekan daye tuhan da tetapkan rezeki aku ade kat KL..sape tau nnt rumah aku naik jadi 4juta..huahua...

rumah ni ade intercom, swiming pool, cafe guard houses, lagi ape bende tah. kire selamat untuk diduduki oleh aku sekeluarga. alhamdullillah document sume da sign, loan da sign skang cuma tinggal nk dapat surat tukar nama je..insyaAllah tahun depan aku dan isteri aku masuk rumah tu..

tapi hati aku masih mencari lobang2x kerja kat area kampung aku. balik kampung kerja lagi best sebab KL ni tempat orang kaye je..aku cume ibarat lipas je kat kota raya KL. sob sob sob. lagi pon lagi best dok kampung. tenang aman damai. tak de la pening serabut macam kat KL ni. jem sane sini.. peegghhhh...sakit otak aku dok sini lame2x....

kat sini lah bakal rumahku...huhuhu..semoga dipermudahkan insyaAllah..


Wednesday, October 6, 2010

thanks nuffnang


agak sukar untuk aku menaip hari ini akibat membedal burger king 2 ketul sekali gus akibat ditipu promosi freemason burger king - satu burger RM 1 tapi kene beli dengan air coke yang kecik harge RM3 sechewenn...berhati hati lah freemason ada dimana mana.

pernahkah anda berangan seperti abg ipar dan kakak saya untuk menjadi kaya dengan hanya berblog?pernahkah anda rasa tamak dengan hasil 25sen seminggu anda?pernahkah anda terpikir seperti akak saya yang ingin menjadi jutawan nuffnang pertama di dunia?

pernahkah anda rasa gembira melihat hasil nuffnang anda sebanyak 25 sen SAHAJA, lalu mencapai talipon untuk berkongsi berita gembira ini dengan sang isteri? sayang nuffnang kita ada 25sen...eee seronoknya..kata sang suami kepada sang isteri?

tak perlulah saya bercakap besar disini,cukuplah sekadar abg long and kaklong sila tutup blog anda!!

semenjak melibatkan diri dalam arena bloggers. kini kami telah nampak hasilnya. terima kasih kepada semua pengunjung blog kami. kini kami telah bergelar jutawan nuffnang.

apa kabar blog akak & ibang ipar aku yang tak seberape iteww..25sen lagi ke? maybe 50sen kot..hahah-sila tutup blog anda!!

dengan ini saya ingin mengistiharkan bahawa kami telah menebus rm51 dari nuffnang.
tahniah untuk diri sendiri dan kawan kawan- kepada abg long dan kaklong - sila tutup blog anda!!!

sekali lagi jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ziarah blog ini untuk membaca cerita merapek kami. kepada abg long dan kaklong - sila tutup blog anda!!

soalan saya satu je..: wooii blog sebelah kalau takde rm50.sila tutup blog anda!!- full of love?

nah kaklong..lihatlah gambar dibawah ia adalah simbol keangkuhan blog kami!!..hauhauhau



perlukah saya bercakap besar lagi?
aahh cukuplah..cukuplah dengan...

abg long dan kaklong...sila tutup blog anda!!
wahhahaahah

perlu kami ulang lagi ke? ohh kami da penat..tunggulah posting satu lagi...huahuahua

Thursday, September 30, 2010

ADIL kah tuhanKu yang Maha Adil?

hidup di dunia yang fana ini adalah derita bagi orang muslim. banyak dugaan yang perlu di tempuh sebagai ujian terhadap kesetiaan pada janji yang kita ucapkan kepada pencipta. amar makruf nahi mungkar panji yang dibawa sebelum kita berperang di alam dunia yang penuh pancaroba .berbekalkan dengan berkat kalimah tauhid & dakwah laa ila haa illallah yang mengalir didalam urat muhammad dalam tubuh badan kita, kita cuba harungi dugaan ini walaupun ia amat memeritkan.

tapi dalam keadaan dunia yang sudah hampir ke penghujung zaman, manusia lupa tentang apa yang di lafazkan termasuklah aku.huhu..lagi-lagi bila kena bala aku memang menyumpah seranah orang yang bawak bala tu, rasa macam nak gigit je tengkok die padahal mungkin Allah sedang menguji hambanya. kadang-kadang bile aku buat baik kat orang-orang sekeliling, dorang buat dajal kat aku pulak. aku tolong orang tu die tikam aku plak dari belakang. ape semua itu? manakah tuhan yang maha adil?adilkah tuhan yang maha Adil itu?

pernah gak aku diuji dengan bapak mertua aku tentang keadilan Allah.

ayah aku kata " kalau tuhan tu maha adil kenapa di cipta Habil dan Qabil berbeza sifatnya, kenape sorang pembunuh dan sorang pula dibunuh?"

aku tak tau nak menjawabnye..

ayah aku tanye lagi " kenape pulak Allah ciptakan syurga dan neraka sedangkan Allah tu Maha penyayang, kenapa tak cipta semua baik je semuanya semua masuk syurga, kan adil tu?"

ayah aku macam nak cuba uji aku dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala aku sendiri.

aku mungkin tak ada jawapan tentang pertanyaan yang di diberikan oleh ayah mertua aku tu. secara zahirnya naluri(logic akal) manusia aku memang Allah tak adil pada aku. tapi hati aku masih berkata tidak..Allah adalah adil, Allah maha adil! mungkin itulah yang disuarakan oleh imanku yang lemah..alhamdullillah setakat ini biarpun secara logic akal aku byk rasa kekurangan pada apa yang dikurniakan Allah. tapi hati aku masih berkata Alhamdullillah dengan apa yang di anugerahkan.

soalan ayah aku memang selalu bermain di fikiranku. kadang-kadang aku duduk termenung mencari jawapan. duduk depan pc aku google apa maksudnya maha adil bg Allah, aku buka kitab sifat-sifat 20 yang diberikan guru tasaufku. akhirnya aku menemui jawapan setelah merujuk pada al-fakir illallah sahabat ku.jawapan yang diberikan cukup membuatkan aku berasa malu terhadap tuhanku.

tetibe aku ter flash bank kezaman lampau mase saat2x aku kecik-kecik, anugerah yang paling hebat oleh Al Rahman , Allah telah mengurniakan aku pasangan ibu bapa yang terhebat di dunia, mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri untuk kebahagiaan anak-anaknya walaupun ada sorang anak angkat dalam keluarga kami iaitu Noraain(hehehe ain abg gurau je). kasih sayang mereka curahkan memang tak ada tolok bandingnya di dunia ini.

dalam hati ku berkata " tak bersyukur lagi ke Mohd Hafiz dengan apa yang dikurniakan? ko buta kah Mohd Hafiz dengan pemberiannya?adakah ini bukan maha penyayang?adakah ini bukan maha adil?"

aku teruskan lagi sesi mengimbas masa lampau dimana aku debesarkan dengan cukup makan dan pakai. ayahku sanggup memakai baju lusuh untuk pergi ke pejabat, bertahun-tahun dia memakai baju recycle sedangkan anak-anaknya dapat baju baru setiap tahun untuk kesekolah. bukan itu aje, tiap-tiap raye sorang akan dapat baju raye yang masih segar bau kedainye"

dalam hatiku berkata " ape kau buta Mohd Hafiz dengan segala limpah rahmatnya keatas diri kau" kau masih tak reti bersyukur?

perjalanan flash back aku tiba di penghujung dimana aku telah dijodohkan dengan Siti Nadiah, seorang isteri yang baik, mendengar kate, pandai menjaga kehormatan diri, beragama dan paling penting dia amat menyayangi ku sebagai seorang suaminya. (puji lelebih skit dengan harapan die blanje pizza hari ni)

hati ku berkata lagi "tak tau lagi ape itu syukur mohd hafiz?siapa kau untuk mempertikaikan segala kehendaknya?

perjalanan back to the future aku tamat dan aku kembali ke alam nyate. sekarang ini aku sering marah2x kalau ada orang cari pasal dengan aku. aku bengang dengan orang, bengang dengan kete orang besar2x gedabak..aku selalu complaint itu complaint ini. padahal ia secara tidak langsung menunjukkan ketidak puasan hati kepada kehendak Allah.

aku menyelidikki diri ini perlahan-lahan, siapa manusia ini?siapakah diri ini?

inilah jawapan yang aku dapat.

manusia ini adalah hamba yang lemah, pemikiran serta deria manusia ada hadnya kecuali diberikan karamah oleh Allah swt. bagaimana kita manusia yang adil dimata manusia boleh menghakimi Allah yang MAHA adil? apakah maksud Maha itu sebenarnye? sesungguhnya Allah itu Maha adil, Maha itu maksudnya terlalu halus untuk kita manusia menghakimi keadilanya.

Maha itu bermakna terlalu teliti sehingga kita manusia yang jahil merasakan bahawa ia tidak adil bagi diri kita. Maha penyayangnya Ya Allah sehingga kita manusia yang jahil merasakan Allah tidak menyayangi kita. kerana hati kita buta untuk merasa dan menikmati kasih sayangNya.

cuba fikir sejenak - jika Allah itu tidak penyayang tidak dia menciptakan syurga, dan jika Allah tidak Adil tidak dia menciptakan neraka sebagai amaran kepada hambanya yang ingkar.

jika manusia menjadi tuhan - adilnya manusia dari segi logic akal - dia akan menciptakan semuanya hidup senang, semuanya menjadi raja yang berkuasa, semuanya menjadi kaya raya, tidak ada seorang pon yang menderita- itukah adil dari sudut pandangan manusia?

tapi tidak bagi Allah yang esa. Adilnya Allah adalah maha adil sehinggakan dia menciptakan kita dengan pelbagai sifat, perangai, ada yang kaya, ada yang miskin,ada yang menderita ada yang hidup senang lenang di istana. kenapa? kerana MAHA ADIL itu terlalu halus untuk ditafsir/di ukur oleh manusia jahil seperti kita. kalau semuanya menjadi raja siapa yang akan menjadi petani untuk raja makan hari-hari?sapa yang nak memerintah kalau semuanya diciptakan menjadi petani?bagaimanakah rupanya dunia ini jika semuanya menjadi raja?seimbangkah dunia ini?

semua ini tak dapat diukur oleh manusia walaupun bagi seorang hakim yang sangat adil dimata manusia lain.

sekarang ini aku terasa amat bersyukur, perlahan-lahan aku bertasauf mengenali siapa diriku ini. apa tugas kita di dunia ini? mengenali diri ini untuk tahu apa hubungan kita dengan Allah swt.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku, berikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan juga akhirat. Ya Allah berikanlah keberkatan ke atas mereka Ya Allah, jauhilah mereka dari bencana mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat.limpahkan lah rezekimu ya Allah,

Ya ALlah ampunilah dosa isteriku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, limpahkanlah rezekimu ya Allah

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh,solehah, cukup sifat, baik berbudi pekerti, berguna kepada agama bangsa dan negara ya Allah

Ya Allah peliharalah rumah tangga kami, sinari lah rumah tangga kami agar kami dapat merasa ketenangan, jauhilah kami dari syak wasangka yang boleh memusnahkan rumah tangga kami Ya Allah

Ya Allah ampunikan lah dosa adik bradik kami, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka ya Allah

Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami insan yang lemah ya Allah

Ya Allah janganlah ko matikan kami semua dalam keadaan kufur dan syirik ya Allah.

sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan juga maha adil.

amin.


Monday, September 27, 2010

panas baran


dulu mase kecik kecik aku memang suke cari gadoh dengan orang, senang cite mase tadika aku penah gigit tengkuk sorang budak la. kalau dalam adik bradik aku aku ni kuat jadi batu api. kalau adik-adik aku marah kat aku. aku provoke sampai la kiteorang bertumbok..huahuaua..

mak aku label aku "fire stone" aku salah anggap sebab aku rase macam superhero je bunyiknye. aku siap cerite kat kawan-kawan aku mak aku panggil aku fire stone dengan penuh bangga. wahaha..dah besar skit baru aku tau ape maksud sebenar mak aku.

aku ade masalah skit dari segi mengawal nafsu marah ni. huehue..ramai kate aku ni jenis orang yang hu ha hu ha ..happy go lucky.. aku memang susah nak marah..tapi bile dah marah aku memang tak boleh nak control.

teringat mase zaman kecik-kecik aku bergadoh dengan akak aku. aku amik parang nak catok kepale otak die. mujurlah time tu akak aku tengah buat cendol di bahagian hidung. mase aku nak catok kepale die die hembus hingus hijau die selepek kat muke aku..terus tak jadi catok sebab aku gelik..laju gile aku lari gi sinki cuci hingus hijau - aku harap anak aku balas dendam kat anak die nanti..dendam pasti terbalas!huh!!

betul orang cakap jodoh ni ade panas ade sejuk eh..maybe aku panas, isteri aku lak tukang sejukan. ibarat air dengan api lah kan..

sebelum kawin lagi si bum ni dah tau aku ni susah nak marah, tapi bile aku marah aku jadi hantu dan hensem.wakakka..

lepas 2-3 bulan kawin aku di uji dengan insiden samseng kerete. cite die macam ni
dalam perjalanan dari rumah aku nak gi rumah pak mertue aku kat keramat, ade seko mamat ni high beam lampu dari belakang sebab aku amik lane kanan. ye lah aku nak masuk kanan kene lah amik lane kanan. mamat tu bengang agaknye die potong aku and break emergency. peehhh aku terkejut aku pon break la..nasib baik tak kene..darah aku dah mendidih aku horn and kejar die..sekali lagi die break...bangggg!aku langgar bontot die..mase tu aku dah jadi hantu kot..aku lompat kluar dari kete nak kejar die..die cabut lari...aku masuk kete balik aku kejar la..

silap mamat tu die pegi buat U turn kat depan..terus aku block kete die aku lompat kluar gi bukak kete die aku tarik die kluar. tapi nasib die baik die pakai belt time tu. aku tengking die suruh kluar sebab senang nnt aku nak gigit tengkok die macam drakula.huahuhau..die takmau..

mamat badan berisi ni kate " ahh malas aku..aku nak amik anak aku" aku pakse gak die kluar..die tak nak.. aku kate " ok no plat ko K** 89* ko tunggu je lah..ko masuk keramat ini tempat aku ko tau " aku kencing je nak gertak..tapi aku pedulik ape..janji die kluar aku boleh la gigit tengkuk die" tapi kencingan aku tak kene..die slamber je belalu pegi masuk simpang satu lagi..aku masuk kete aku folo je dia sampai la kat lorong felda keramat tu. die kluar tangan tahan kete aku..aku berentikan kete terus keluar nak serbu die nak gigit tengkok die macam drakula crite twilight. aku rase die ni mesti werewolf musuh aku nih..pergadohan memang tak dapat di elakkan lagi.

baru je aku tunjuk taring nk gigit tengkuk die,
mamat tu kate..
dik2x dah la tu dik abg dulu macam adik gak. ank abg umor dah 20 lebih dah..
aku tak tau lak die ni da tue..aku bajet muke die dalam 30an je..tak sangke la orang tue anak umor 20 agak nye die nk dekat 50an lah.
aku pon maki la die.."tau pon ko da tue nak mampos buat la perangai macam orang tue skit"
"abg dulu macam ko gak dik, panas baran, tu abg tengok ko teringat abg mase mude-mude"
aku pon jawab " ahh skang ni ko tau ko da tue nak mampos ko ade otak ke tak de? aku amik lane kanan sebab nk masuk kanan. yang ko gi break emergency apesal? ko tak de otak ke? "

aku memang nak gigit tengkok mamat tu..nak kupas tengkorak die gune taring aku ni..wahahhaha(ketawe jahat) perggghh geram gile..skali wife aku kluar dari kete peluk aku..usap2x dade aku..wahahha..terus aku cair..

lepas je mamat tu salam aku..aku skolah kan die lagi..mintak maap lah bang.abg pon tau abg dah tue. otak tu biar matang skit lah bukan macam otak orang mude. pastu aku blah masuk kete..dah sampai rumah pak mertue aku baru aku teringat

shitt!!aku lupe mintak ganti rugi..demittt..ni sume salah wife aku..sape soh cair kan..aku...Waaaaaaa!!--

kesimpulan dari cite ini..
-pro and contra adalah keserasian
- samseng jalanan adalah sampah sahaje..setakat potong pastu bukak tingkap tunjuk isyarat lucah...gertak je kompem menggigil..dalam kete berani kluar kete kecut..
- aku sebenarnye adalah pelakon cerite twilight - aku sebenaye dracula..wahahhahah

apa tengok tengok..lu nak kena patuk ngan taring gua?



Related Posts with Thumbnails