adv

Wednesday, February 16, 2011

pentas dunia


Semakin hari, semakin mencabar jalan yang perlu di tempuh oleh ku, kadang-kadang macam rasa macam mimpi yang panjang. tapi kita kena tahu tujuan matlamat hidup kita, siapa kita di dunia ini. kerana itu adalah jawapan bahawa hidup di dunia bukanlah mimpi yang panjang semata-mata. Hidup dan mati di dunia di tentukan Allah, ada jangka waktu bagi setiap manusia di dunia ini. terpulang kepada kita untuk mengaturkannya. mata yang celik belum tentu dapat mengenal erti hidup. akal yang waras terlalu bergantung kepada logik untuk berfikir.

mungkin akal bertanya kepada mata yang celik siapa Allah sedangkan si mata yang celik tak dapat menzahirkanNya. mata mencari-cari di mana Allah sedangkan tempat dan masa itu diciptakanNya, adakah Dia bertempat dan berubah-ubah mengikut masa?mungkin soalan ini perlu berbalik kepada hati...tapi hati ini hampir buta dengan dosa-dosa silam.hati telah mabuk dengan dunia yang fana ini. mampukah ia menjawap?maka hidup ini terlalu bergantung kepada mata yang celik dan akal yang waras. maka hanyutlah kita.

hati yang hampir buta ada ubatnya,untuk berubat ada syaratnya. biar pun bersyarat ada usahanya. usaha pula perlu ada sabarnya. persoalannya mampukah aku mengubatinya?mencelik kan hati yang hampir hampir buta?

mungkin aku sudah ada jawapannya,mungkin juga sudah tahu caranya,mungkin usaha dan praktikalnya kurang dan hatiku masih belum sembuh dan masih kabur. cuma dapat aku berpesan kepada hatiku bersabarlah dan berdoalah kerana kita adalah hambaNya yang berharap.

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

barang siapa yang mengenal diri ini nescaya kenallah ia dengan Tuhannya.

mungkin selama ini aku terlalu banyak bertanya dengan si mata dan si hati dan aku banyak tertipu, kini aku rasa sampailah saat aku bertanya pada si hati walaupun ia perlu disembuhkan dahulu.

hadith menyatakan Allah ada di setiap hati orang mukmin. aku harap dapat terus beramal mendekatkan diri dengan Tuhan ku. dan bertanya kan hati, insyaAllah hati tidak akan menipu, kerana ia sangat hampir dengan Allah. mata dan akal dan lain-lain tidak juga menipu kerana Allah sentiasa bersama kita semua. tapi kejahilan yang menyebabkan kita alpa.



Salam Maulidur Rasul semua.
Related Posts with Thumbnails