adv

Showing posts with label DR fazilah kamtomi. Show all posts
Showing posts with label DR fazilah kamtomi. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Amalan Menabung...

Lama tak menulis di blog ini sebab terlalu busy dengan kerje-kerje..aduhai....hehe..

Tapi sedih pulak tengok blog ni kalau tak di update walaupon tak ade orang nak baca. So hari ni aku nak merepek tentang tabung.

Aku lebih suka menabung duit syiling dari menabung duit kertas. bukan ape..rase puas hati sebab berat tabung aku nanti. dari kecik bapak aku dah ajar aku menabung untuk masa depan. dulu ayah selalu buat tabung DIY untuk anak-anak dia guna oil filter kereta. selalu tabung  aku paling cepat penuh dari tabung akak aku sebab aku suka kutip duit satu sen yang bersepah-sepah kat rumah tu.

Tetapi malangnye hobi menabung aku tergendala semenjak masuk sekolah rendah. ini bermaksud umur aku dah cukup matang untuk memecah kan tabung atau bahase saintifik dia aku da graduate pecah tabung. memang tabung aku tak pernah penuh lagi lepas tu. aku lebih terpengaruh nak beli dash yankuro, deng dang, tora dan lain-lain lagi eklan mat sentul yang begitu mengujakan pada zaman aku. aku punye ketagih sampai tabung akak aku pon aku pecah kan diam-diam..opsss ( aku bertaubat juga)

Hobi menabung aku kembali balik di zaman university bile dulu aktiviti kiteorang adalah berjudi secare suka-suka. (macam orang tua kat kampung malam kenduri) maklumlah duduk di jengka. pusat snooker pon kalau nak pegi ada dalam 50km. aktiviti berjudi ni adalah di antara sahabat-sahabat yang rapat-rapat. pair up & black jack tu memang makanan aku. maklum lah dulu korang boleh panggil aku king of gamble. sekali up 20sen. memang banyak la duit syiling aku time tu. penuh gak tabung dalam locker aku. (dan kini aku bertaubat..:p)
black jack..heheh

tapi terhenti lagi bila masuk uitm shah alam. tak dapat loan, hidup sengsara, sewa rumah 1ribu, tapi hobi time tu main snooker. memang jahanam la duit dalam wallet aku. tapi duit syiling banyak lah dalam poket sebab aku tak simpan duit syiling dalam wallet sebab tak de tempat yang zip tu. tak 'brader-brader' la pakai wallet ade zip kan?di sebab kan duit syiling aku simpan dalam poket, bile aku tido duit syiling pon belambak la atas tilam aku, zaid housemate aku dulu selalu la kutip duit aku masuk tabung dia sebab aku sepah-sepah duit. penuh tabung dia..aku kembali jeles..dan bercite - cite nak menabung balik...tapi tak penah penuh sebab aku smoker..duit syiling aku dalam tabung habis sebab beli rokok batang kat kedai bawah rumah..haha

bila aku start kerja di Emerio Ude ada buat tabung dari botol nescafe. aku jeles juga, aku pon buat satu untuk aku..so time tu dah kerje kan..tiap-tiap kali gi kedai aku kasi duit kertas. so die pulang duit syiling, even walau dia mintak duit kecik aku kasi duit besar gak..punyala nak sangat duit syiling tu.paling aku suka 50sen.pergghhh kalau orang curi duit 50sen aku boleh putus kawan tu.. make berkepok la duit syiling aku dalam poket dan dipindah kan ketabung nescafe aku di rumah..

maka sampai la sekarang aktiviti menabung diteruskan. tapi sekarang da kawin..aku balik kerje penat..lepas solat terus tido kot ngn duit-duit syiling dalam poket. so belambak lah atas katil. wife aku yang tolong kutip masuk dalam tabung aku..hahaha...

skarang ni dah ada Insyirah, so kami bercadang nak ajar dia menabung dari kecik. ibu dia da siap belikan tabung untuk aku dan Insyirah dan juga kak Husna Insyirah yang addicted to upin ipin..agak-agak lepas ni..Insyirah tak sabar tunggu ayah dia tido sebab nak amik duit yang jatuh dari poket aku kan..hehe..
dari kiri : tabung kak husna, tabung aku, tabung insyirah
apa-apahal menabung tu memang bagus. aku dulu mase single tiap-tiap 3 ke 4 bulan aku bawak tabung nescafe aku pergi ke bank, pernah orang bank tu tanya..'rajin anak awak menabung ye' padahal aku single lagi..hahha..mana taknya 3-4 bulan tabung aku penuh - ada gak dalam 2-3 ratus dalam tabung tu..untungkan menabung..
dari kiri : tabung KFC wife aku, tabung botol nescafe aku
so buat la simpanan untuk masa depan anda..hehe

Ehhh,,,,jab jab...kenape 3 tabung je ade????wife aku tak de tabung baru ke untuk dia sendiri???

mane tak nye...da betaun taun menabung...tak penah penah penuh pon tabung die ni.....kesian...hahhaha


so hope insyirah rajin menabung macam ayah dia..tapi jgan contohi budaya menabung tak penuh-penuh macam ibu dia..
:p

Wednesday, February 16, 2011

pentas dunia


Semakin hari, semakin mencabar jalan yang perlu di tempuh oleh ku, kadang-kadang macam rasa macam mimpi yang panjang. tapi kita kena tahu tujuan matlamat hidup kita, siapa kita di dunia ini. kerana itu adalah jawapan bahawa hidup di dunia bukanlah mimpi yang panjang semata-mata. Hidup dan mati di dunia di tentukan Allah, ada jangka waktu bagi setiap manusia di dunia ini. terpulang kepada kita untuk mengaturkannya. mata yang celik belum tentu dapat mengenal erti hidup. akal yang waras terlalu bergantung kepada logik untuk berfikir.

mungkin akal bertanya kepada mata yang celik siapa Allah sedangkan si mata yang celik tak dapat menzahirkanNya. mata mencari-cari di mana Allah sedangkan tempat dan masa itu diciptakanNya, adakah Dia bertempat dan berubah-ubah mengikut masa?mungkin soalan ini perlu berbalik kepada hati...tapi hati ini hampir buta dengan dosa-dosa silam.hati telah mabuk dengan dunia yang fana ini. mampukah ia menjawap?maka hidup ini terlalu bergantung kepada mata yang celik dan akal yang waras. maka hanyutlah kita.

hati yang hampir buta ada ubatnya,untuk berubat ada syaratnya. biar pun bersyarat ada usahanya. usaha pula perlu ada sabarnya. persoalannya mampukah aku mengubatinya?mencelik kan hati yang hampir hampir buta?

mungkin aku sudah ada jawapannya,mungkin juga sudah tahu caranya,mungkin usaha dan praktikalnya kurang dan hatiku masih belum sembuh dan masih kabur. cuma dapat aku berpesan kepada hatiku bersabarlah dan berdoalah kerana kita adalah hambaNya yang berharap.

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

barang siapa yang mengenal diri ini nescaya kenallah ia dengan Tuhannya.

mungkin selama ini aku terlalu banyak bertanya dengan si mata dan si hati dan aku banyak tertipu, kini aku rasa sampailah saat aku bertanya pada si hati walaupun ia perlu disembuhkan dahulu.

hadith menyatakan Allah ada di setiap hati orang mukmin. aku harap dapat terus beramal mendekatkan diri dengan Tuhan ku. dan bertanya kan hati, insyaAllah hati tidak akan menipu, kerana ia sangat hampir dengan Allah. mata dan akal dan lain-lain tidak juga menipu kerana Allah sentiasa bersama kita semua. tapi kejahilan yang menyebabkan kita alpa.



Salam Maulidur Rasul semua.

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban.

Mungkin sedikit terlewat, tapi apa apa hal pon selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga kita apa saja yang kita korbankan sama ada zahir atau batin adalah kerana Allah SWT.

Tahun ni sambutan hari raya Qorban tidak seperti tahun lepas dimana aku menumbangkan seekor lembu yang hebat dengan cara menarik tali, berpeluh jugak lah tahun lepas nak tumbangkan lembu ni. masa tu bujang lagi kot, maka aku menjadi kegilaan gadis gadis kampung di sekeliling ku kerana berjaya menumbangkan lembu. -- oh telebeh sudeyy--ini cerite tipu saja harap maklum.

Tapi pada tahun ni, disebabkan jatuhnya pada hari rabu maka sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak mengapply cuti walaupon sehari walaupon bos aku siap tanya "ko tak amik cuti ke?"..ohhh terlebey lagi sudeyy-- sebenarnye balance cuti aku dah nak habis...huahua...

pada pagi raya selepas solat subuh, aku dengan selamber balik ke katil lalu menarik selimut gebuku, tau-tau sdar2x dah pukul 7.30am. dengan gelabahnye aku mencapai tuala mandi ku yang compang-camping untuk memandikan diri. selesai aja mandi aku terus ke keramat rumah pak & mak mertua aku. lepas salam- bersalaman, selamber je aku telan 2-3 butir nasi impit bekuahkan kuah kacang. lalu kami terus ke masjid untuk solat sunat aidil adha.

Alhamdullillah selamat juga aku dan isteri solat sunat aidil adha tahun ni. selesai sahaja solat dan khutbah. aku bergegas balik dan dengan selamber tertido kat sofa sampai pukul 12 lebeh..

terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

p/s Ain harap maklum...kiteorang tak ejek ko eh..lembu ko ade nandek..lembu kite takdek..
yehaaa minggu ni balik melake...


Wednesday, November 10, 2010

macam mana nak beli rumah sekitar KL?


Baru-baru ni, sedang asyik mencangkuk di depan tv rumah aku, tetibe aku ternampak sebijik condo mewah yang sedang dibangunkan berhampiran rumah aku. Pale hutak aku pon terpikir alangkah baiknye kalau aku dapat memiliki sebijik kondo mewah lengkap bersame kolam renang berjakuzi serta aweks aweks...opssss...tersasul..hehhe

tapi apekan daye..KL ni syurga untuk orang kaye, aku duduk sewa kat appartment ni je sebulan kene keluar RM800, aku pon fikir-fikir balik baik aku beli je sebijik rumah, dah setahun aku duduk sini. maknenye aku dah keluar lebih kurang 9.6k untuk tahun ni just untuk bayar sewa rumah je. CIS....boleh buat wang hantaran dah tu...oppssss...tersasul lagi..sori syg.hehhe..

lalu aku terus mencapai laptop aku, bukak lah mudah.com untuk mengoogle rumah-rumah di KL yang mungkin boleh dimiliki aku dan isteri aku, isteri aku stuju je aku nk beli rumah. die pon da tensen dok rumah sewa aku skang ni. CIS...dah la lif selalu rosak, berhantu lak tu.. ade ke siang2x byk imam, pak aji , berserban kat luar. bila malam ramai mambang pondan dan negro-negro. hari tu ada baby kena buang kat tong sampah, ada insident tembak menembak dengan polis dan perompak kat bawah blok aku. lepas ni apa lagi aku pon tak tau la nk cakap.

itulah adat duduk kat KL ni. klo sewa murah, dapat rumah pon area kawasan hitam la. maksudnye kawasan panas dengan jenayah la..aku rase kurang yakin je nak hidup ngn wife aku, mane tau di takdirkan anak aku ramai. aku tak konpiden nak membesarkan anak-anak aku dengan faktor sekeliling yang kurang memberangsangkan. silap-silap anak aku umur darjah 5 dah hisap rokok setaun awal dari bapak die time darjah 6..wakkaka...silap2x umur 3 tahun dah pandai skodeng bapok-bapok kat bawah block aku tu..peeerrhh Ya Allah jauhkan lah ini semua...

so aku rase sangat patut aku mentibai sebijik rumah yang agak mahal skit, yang bertaraf kondo, dan semestinya bukan bertaraf pangsapuri atau flat kos rendah. bukan nak belagak atau nak poyo. lihat je mane-mana flat-flat kos rendah. kebanyakkan orang yang tinggal semua macam tak ada otak. tak ada disiplin dan lain2x lagi. hari tu kereta Singh tempat aku kene timpa dengan pasu bunga dari tingkat berapa tah. kesian singh tu. dia siap nasihat aku " bang jangan park kereta bawah blok, orang sini semua tak ada otak juga, 10 taun saya duduk sini juga, saya sudah tau". bukan tu je, byk lagi benda yang jadi yang menyakitkan hati aku yang lemah ni..rase nk bertumbok pon ade..cis...

so kesimpulannya aku dan isteri aku setuju amik sbijik rumah di kondo sentul utama, dekat dengan kampung dato senu. harge die agak mahal. rase nak menangis gak nk buat loan tu. ye la. kalau beli kat kampung aku da dapat rumah semi D dah, besar lak tu..sedih...tapi apekan daye tuhan da tetapkan rezeki aku ade kat KL..sape tau nnt rumah aku naik jadi 4juta..huahua...

rumah ni ade intercom, swiming pool, cafe guard houses, lagi ape bende tah. kire selamat untuk diduduki oleh aku sekeluarga. alhamdullillah document sume da sign, loan da sign skang cuma tinggal nk dapat surat tukar nama je..insyaAllah tahun depan aku dan isteri aku masuk rumah tu..

tapi hati aku masih mencari lobang2x kerja kat area kampung aku. balik kampung kerja lagi best sebab KL ni tempat orang kaye je..aku cume ibarat lipas je kat kota raya KL. sob sob sob. lagi pon lagi best dok kampung. tenang aman damai. tak de la pening serabut macam kat KL ni. jem sane sini.. peegghhhh...sakit otak aku dok sini lame2x....

kat sini lah bakal rumahku...huhuhu..semoga dipermudahkan insyaAllah..


Thursday, September 30, 2010

ADIL kah tuhanKu yang Maha Adil?

hidup di dunia yang fana ini adalah derita bagi orang muslim. banyak dugaan yang perlu di tempuh sebagai ujian terhadap kesetiaan pada janji yang kita ucapkan kepada pencipta. amar makruf nahi mungkar panji yang dibawa sebelum kita berperang di alam dunia yang penuh pancaroba .berbekalkan dengan berkat kalimah tauhid & dakwah laa ila haa illallah yang mengalir didalam urat muhammad dalam tubuh badan kita, kita cuba harungi dugaan ini walaupun ia amat memeritkan.

tapi dalam keadaan dunia yang sudah hampir ke penghujung zaman, manusia lupa tentang apa yang di lafazkan termasuklah aku.huhu..lagi-lagi bila kena bala aku memang menyumpah seranah orang yang bawak bala tu, rasa macam nak gigit je tengkok die padahal mungkin Allah sedang menguji hambanya. kadang-kadang bile aku buat baik kat orang-orang sekeliling, dorang buat dajal kat aku pulak. aku tolong orang tu die tikam aku plak dari belakang. ape semua itu? manakah tuhan yang maha adil?adilkah tuhan yang maha Adil itu?

pernah gak aku diuji dengan bapak mertua aku tentang keadilan Allah.

ayah aku kata " kalau tuhan tu maha adil kenapa di cipta Habil dan Qabil berbeza sifatnya, kenape sorang pembunuh dan sorang pula dibunuh?"

aku tak tau nak menjawabnye..

ayah aku tanye lagi " kenape pulak Allah ciptakan syurga dan neraka sedangkan Allah tu Maha penyayang, kenapa tak cipta semua baik je semuanya semua masuk syurga, kan adil tu?"

ayah aku macam nak cuba uji aku dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala aku sendiri.

aku mungkin tak ada jawapan tentang pertanyaan yang di diberikan oleh ayah mertua aku tu. secara zahirnya naluri(logic akal) manusia aku memang Allah tak adil pada aku. tapi hati aku masih berkata tidak..Allah adalah adil, Allah maha adil! mungkin itulah yang disuarakan oleh imanku yang lemah..alhamdullillah setakat ini biarpun secara logic akal aku byk rasa kekurangan pada apa yang dikurniakan Allah. tapi hati aku masih berkata Alhamdullillah dengan apa yang di anugerahkan.

soalan ayah aku memang selalu bermain di fikiranku. kadang-kadang aku duduk termenung mencari jawapan. duduk depan pc aku google apa maksudnya maha adil bg Allah, aku buka kitab sifat-sifat 20 yang diberikan guru tasaufku. akhirnya aku menemui jawapan setelah merujuk pada al-fakir illallah sahabat ku.jawapan yang diberikan cukup membuatkan aku berasa malu terhadap tuhanku.

tetibe aku ter flash bank kezaman lampau mase saat2x aku kecik-kecik, anugerah yang paling hebat oleh Al Rahman , Allah telah mengurniakan aku pasangan ibu bapa yang terhebat di dunia, mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri untuk kebahagiaan anak-anaknya walaupun ada sorang anak angkat dalam keluarga kami iaitu Noraain(hehehe ain abg gurau je). kasih sayang mereka curahkan memang tak ada tolok bandingnya di dunia ini.

dalam hati ku berkata " tak bersyukur lagi ke Mohd Hafiz dengan apa yang dikurniakan? ko buta kah Mohd Hafiz dengan pemberiannya?adakah ini bukan maha penyayang?adakah ini bukan maha adil?"

aku teruskan lagi sesi mengimbas masa lampau dimana aku debesarkan dengan cukup makan dan pakai. ayahku sanggup memakai baju lusuh untuk pergi ke pejabat, bertahun-tahun dia memakai baju recycle sedangkan anak-anaknya dapat baju baru setiap tahun untuk kesekolah. bukan itu aje, tiap-tiap raye sorang akan dapat baju raye yang masih segar bau kedainye"

dalam hatiku berkata " ape kau buta Mohd Hafiz dengan segala limpah rahmatnya keatas diri kau" kau masih tak reti bersyukur?

perjalanan flash back aku tiba di penghujung dimana aku telah dijodohkan dengan Siti Nadiah, seorang isteri yang baik, mendengar kate, pandai menjaga kehormatan diri, beragama dan paling penting dia amat menyayangi ku sebagai seorang suaminya. (puji lelebih skit dengan harapan die blanje pizza hari ni)

hati ku berkata lagi "tak tau lagi ape itu syukur mohd hafiz?siapa kau untuk mempertikaikan segala kehendaknya?

perjalanan back to the future aku tamat dan aku kembali ke alam nyate. sekarang ini aku sering marah2x kalau ada orang cari pasal dengan aku. aku bengang dengan orang, bengang dengan kete orang besar2x gedabak..aku selalu complaint itu complaint ini. padahal ia secara tidak langsung menunjukkan ketidak puasan hati kepada kehendak Allah.

aku menyelidikki diri ini perlahan-lahan, siapa manusia ini?siapakah diri ini?

inilah jawapan yang aku dapat.

manusia ini adalah hamba yang lemah, pemikiran serta deria manusia ada hadnya kecuali diberikan karamah oleh Allah swt. bagaimana kita manusia yang adil dimata manusia boleh menghakimi Allah yang MAHA adil? apakah maksud Maha itu sebenarnye? sesungguhnya Allah itu Maha adil, Maha itu maksudnya terlalu halus untuk kita manusia menghakimi keadilanya.

Maha itu bermakna terlalu teliti sehingga kita manusia yang jahil merasakan bahawa ia tidak adil bagi diri kita. Maha penyayangnya Ya Allah sehingga kita manusia yang jahil merasakan Allah tidak menyayangi kita. kerana hati kita buta untuk merasa dan menikmati kasih sayangNya.

cuba fikir sejenak - jika Allah itu tidak penyayang tidak dia menciptakan syurga, dan jika Allah tidak Adil tidak dia menciptakan neraka sebagai amaran kepada hambanya yang ingkar.

jika manusia menjadi tuhan - adilnya manusia dari segi logic akal - dia akan menciptakan semuanya hidup senang, semuanya menjadi raja yang berkuasa, semuanya menjadi kaya raya, tidak ada seorang pon yang menderita- itukah adil dari sudut pandangan manusia?

tapi tidak bagi Allah yang esa. Adilnya Allah adalah maha adil sehinggakan dia menciptakan kita dengan pelbagai sifat, perangai, ada yang kaya, ada yang miskin,ada yang menderita ada yang hidup senang lenang di istana. kenapa? kerana MAHA ADIL itu terlalu halus untuk ditafsir/di ukur oleh manusia jahil seperti kita. kalau semuanya menjadi raja siapa yang akan menjadi petani untuk raja makan hari-hari?sapa yang nak memerintah kalau semuanya diciptakan menjadi petani?bagaimanakah rupanya dunia ini jika semuanya menjadi raja?seimbangkah dunia ini?

semua ini tak dapat diukur oleh manusia walaupun bagi seorang hakim yang sangat adil dimata manusia lain.

sekarang ini aku terasa amat bersyukur, perlahan-lahan aku bertasauf mengenali siapa diriku ini. apa tugas kita di dunia ini? mengenali diri ini untuk tahu apa hubungan kita dengan Allah swt.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku, berikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan juga akhirat. Ya Allah berikanlah keberkatan ke atas mereka Ya Allah, jauhilah mereka dari bencana mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat.limpahkan lah rezekimu ya Allah,

Ya ALlah ampunilah dosa isteriku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, limpahkanlah rezekimu ya Allah

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh,solehah, cukup sifat, baik berbudi pekerti, berguna kepada agama bangsa dan negara ya Allah

Ya Allah peliharalah rumah tangga kami, sinari lah rumah tangga kami agar kami dapat merasa ketenangan, jauhilah kami dari syak wasangka yang boleh memusnahkan rumah tangga kami Ya Allah

Ya Allah ampunikan lah dosa adik bradik kami, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka ya Allah

Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami insan yang lemah ya Allah

Ya Allah janganlah ko matikan kami semua dalam keadaan kufur dan syirik ya Allah.

sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan juga maha adil.

amin.


Sunday, September 12, 2010

16 sept - selamat hari jadi sayangku


16 sept telah termaktub sebagai cuti umum untuk semua negeri di Malaysia tanah air ku yang tercinta.

bukan itu aje, pada tarikh ini gak wife aku dilahirkan di bumi yang fana ini.

teringat aku tentang apa yang di ajar oleh guru agamaku mengenai alam transit manusia.
terdapat alam alam yang perlu ditempuhi manusia yang dimulai dengan alam Ruh.
pada alam ini, kesemua Ruh berada di syurga, sebelum di hantar ke alam rahim, maka ruh akan berjanji dengan Allah untuk taat setia kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Tatkala pada masa itu Ruh telah di tetapkan jodohnya.

Ya memang jodoh telah di tetapkan oleh Allah swt, tetapi bukanlah kita perlu menunggu saja jodoh kita selepas keluarnya kita dari Alam Rahim ke Alam dunia yang fana (ujian). seperti Nabi Adam a.s, beliau merantau beribu-ribu batu untuk mencari jodohnya Hawa sebelum bertemu di Jabal Rahmah walaupun di syurga mereka telah dijodohkan. begitu juga kita, kita berikhtiar dan selebihnya berdoa kepada Allah Swt agar di permudahkan bertemu jodoh yang telah ditetapkan sebelum kita dihantar ke alam rahim.

aku ni susah nak sayang kat orang sebab aku takut bila dah sayang orang tu pulak tak sayang kat aku..wahhaa..so pada zaman study aku, aku prefer hidup sebagai seorang yang solo atau lebih dikenali sebagai loser yang tiada hati dan perasaan..wahhaa.tapi sape kate loser tak sunyi,
sebelum aku berkapel ngn wife aku ni. aku tak pernah terpikir pon aku boleh syiokkk kat dia. aku rase nak kawan je. pade mate die lak aku ni mat kental tak de perasaan, muke ganaz, ade tanduk, suke kacau orang sana sini, poteng kelas adalah habitat semula jadi aku. maka kiteorang pon berkawan teman tapi mesre.

tapi pade satu hari, aku rase dammit sekali kenapa aku rase sayang kat dia padahal die ni kawan aku. huahua..aku bengang gak macam mana boleh tersayang dia sebab aku memang takut dan aku rasa tak ready lagi untuk menamatkan zaman berpeleseran aku and kompem aku hilang kawan baik kalau die rejek cinta aku ini.wahahha..

tepat jangkaan aku, mase aku cakap aku suka dia. die memang tak sedia lagi and tah macam mana kiteorang bergadoh. lama weh aku gado ngn dia. ada 3-4 taun gak. tapi rasa sayang tu memang susah nak buang. pernah aku tak tahan, aku tanye mak aku - " mak kenapa bila da sayang kat awek ni dia macam main2x kan kita pulak?" pastu mak aku jawab ape tah aku pon tak ingat...tapi jawapan dia memang pedas gak la..haha..tapi macam biasa aku gelak je pas tu..huahua

tapi aku sangat percaya dengan jodoh. aku tak pernah salahkan rasa sayang yang tuhan berikan ni.
ini adalah anugerah. tapi aku hanye berdoa setiap kali solat " Ya Allah jika itu adalah jodohku permudahkan lah Ya Allah, tapi jika ini adalah ujian Mu, aku redha dan permudahkanlah aku bertemu dengan jodohku Ya Allah"



pejalanan mencari jodoh memang memeritkan lagi-lagi bila lain orang yang kita sayang lain pulak yang sayang kat kita. nak tolak tak sampai hati sebab aku dah rase macam mana pedihnya. pedih ouhh hati ini..cewahh

tapi hari ini aku dah bertemu dengan jodoh aku. memang banyak dugaan aku tempuh untuk bertemu dengan isteri aku ni. aku harap aku dapat mencintainya sehingga ke Akhir hayatku, begitu juga dengan dia

aku juga berharap satu hari nanti jika aku dulu yang pergi meninggalkan dunia ini, Dia akan mendoakan kesejahteraan aku di alam Barzakh. Dan aku berharap dapat memimpin perempuan yang aku cintai ketika di alam akhirat kelak.

pada hari kelahirannya yang akan tiba nanti aku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. aku menghargai segala pengorbanan yang dilakukan pada aku, aku terharu dia dapat menerima aku seadanya.

Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada isteri ku Ya Allah sesungguhnya engkau lah yang maha pengasih lagi maha penyanyang. harap kami dapat menyempurnakan kontrak ta`aruf ini Ya Allah, sesungguhnya kami amat mempercayai tentang takdir hidup,mati rezeki dan jodoh kami, kami adalah hambamu yang lemah, bantu dan permudahkan urusan kami Ya Allah.
amin




Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali..

Ramadhan kali ini tak sama seperti ramadhan yang lain. kali ini aku sambut ramadhan dengan isteri terchentaaacewwwaaahhh..

kadang2 teringat balik zaman bujang time ramadhan,

zaman kekecik kalau puase dapat duit beb..aku hari2 kira untung nak collect time raya nanti. kecik2 aku memang pose penuh, memang terer gile bab puase ni..tu time raye je aku kaya raye..muahahha..mase kecik2 ni aku selalu ponteng skolah fardu ain gi main game arcade kat pekan PD. bulan pose memang kerap lah aku gi. tapi agaknye tuhan nak insafkan aku. tak sempat aku nak masuk arcade game.polis datang rush pusat game tuh.terus aku takut. ye lakan tak cukup umur. time bukak pose aku nye muke la paling letih skali. ye la hyperactive katekan..huahuah..aku memang suke pow mak ayah aku time bukak pose ni..mesti beli sedap2x kuih2..ade 1 kuih peberet aku mase kecik..aku tak tau name specifik die..tapi aku panggil die kuih hijau cicah air gule melake..huahua..perrgghh tekeliooo aku ni..

zaman diploma - jengka - time pose dining memang aku tak singgah lah time berbuka..nak berbuka aku gi outing lepak makan ngn kawan2x kat luar. ye la zaman bujang desperate dengan masalah cinta..wakakka..sebab time tu aku heavy smoker, maybe sebab ade masalah otak kusut kot..hahaha..berbuka kat luar memang best sebab lepas abis je nasik terus nyale sebatang rokok..peerrgghh puas gila sebab sangap tahan lame2..kadang2 tu aku kluar gak berbuka dengan pasangan blind date. kononnya nak cari jodoh di bulan ramadhan yang mulia..haha..tapi tu la agaknya memang jodoh aku dengan wife aku skarang ni..blind date byk2x tapi tak berkenan di hati yang suci ini..hahha..sape lagi yang mengajar aku bab-bab blind date ni..kompem2x lah Saadi Amir bin Silahuddin.

sape yang study kat jengka batch aku dan sewaktu dengannya mesti tau pasal virus blind date ni..mana taknya setiap bilik ada telephone percuma di sediakan untuk bergayut di setiap bilik. memule aku memang malas nak layan telephone ni. tapi ye la aku di perantauan kesunyian tanpa kasih sayang.tu aku capai gak telephone KOPTEL layan ngn amir sampai sorang awek ni dismis secare senyap. mana taknye kol 8- 11pm die gayut ngn amir. kol 11-3am die call aku plak..tetibe next sem call handphone die die letak. hahha..kelakar btul ingat zaman kat jengka ni.

pergghh lari topikkk...bab mengarut bagi kat aku..huahuahua..

zaman tinggal kat Shah alam pon seksa gak..tak da duit..semuanya mahal..tapi sebab bdak2 rumah 503 blok 40 pemalas orangnya..kiteorg sllu je beli makanan kat pasar ramadhan dan kadang2 kiteorang gi MCd layan bigmac.. isk2..zaman ni memang boring gila..nk kluar duit tak ada. so jadi gamers sejati la main game smpai lapar, pastu tido dengan harapan lepas tido bagun2 terus kenyang..awek tak de gak time ni..so bebuke ngn kawan2 je la..tp last2 sem ade awek dah..huhuhu..aku buke pose ngn die la kadang2..kih kih kih

zaman kerje + bujang.
duduk dengan ajib memang menduke citekan. duit dah ade beli PS game console mase bulan puase. cis..1st day aku ajak gi terawih..dorang layan PS. aku gi la sorang2x. hari ke-2 aku ajak lagi..dorang tak mempedulikan ajakan orang yang beriman macam aku ni..aku pergi sorang2 lagi..hari ke-3 aku ajak lagi..dorang taknak dengan aku2x pon main PS smpai la habis puasa. kalau tak PS aku men-dota..cis...semoge ajib insaf seperti aku..ehh tapi aku tengah pikir nk beli PS3 ni..macam mane ni nk insap..hahaha.


kepada semue kawan2 , selamat menyambut ramadhan yang mulia ini. semoga beroleh rahmat dariNya. maafkan daku yang suka menyakiti hati mu cewahh..mari lah bermaaf-maafan..nanti raya kita mintak maaf lagi sekali..

Monday, July 26, 2010

Pro and contra



Iphone memang 1 benda yang menagihkan. macam aku bila dah pegang iphone sambil WIFI bersepah2 di segenap penjuru KL ni..tak kira plak 3g yang aku pakai pakej 512mb sebulan..memang pantang la klu aku tengah ade free time tak pon isteri aku tengah membebel tat kala perut aku tengah lapar tume tunggu order sampai.

habitat aku klo perut lapar aku malas nak becakap ngn malas nak dengar orang becakap..
habitat isteri aku plak perut memang lapar 24 jam selari ngn mulut die yang 24 bercakap..

normal la tuh.. sebab tu orang cakap..

LELAKI ni COOL
perempuan .... no comment..:P

so untuk me-neutral kan masalah ni. aku belek iphone aku bile die bercakap..aku bukan tak suke dengar die becakap..aku suke je..tapi kang bile aku tak respon die marah, so aku yang mithali ni sekali lagi memain kan peranan penting dengan body language seorang model jepon dengan iphone 3gs ku ini.

bile aku pengang je iphone smbil buat muke berkerut konon2 tengah bace berite pasal kes liwat anuar, tak pon cerite pasal akhirat (cewah) dan semestinya bukan duniawi (artis-artis, scandal2x, dan lain lain). wife aku pon terdiam sambil menonton TV kedai makan tu..hehe..lepas da makan baru aku ajak die borak balik..

bijak bukan lelaki ni?haha..tak payah puji aku plizz.aku da biase kene puji :P

screen shot iphone aku (isteri no 2)


Lagi satu bende yang merunsingkan kepale aku ialah..

aku ni memang malas nak amik tau pasal artis2 di dalam dan luar negare. kalau ade sulat kaba lama ataupon sulat kaba baru, semestinye aku selak bahagian sukan dulu, dan halaman pancaindera memang aku tolak ketepi lalu dengan pantas di sambar isteri ku yang memang setanding dengan GOOGLE kalo cerite pasal artis2x ni.

aku hanye boleh ber-isthifar dan menasihatkannya sahaja..(cewah)

masalahnye..die selalu tanye aku pasal artis2 ni..contoh die denga hot FM..tetibe die tanye aku..bang Si-X ni kawin ngn si-Y kan..anak die si-P tu ade kete kaler kuning spotrim 17 kan?tayar die silverston enjin covert turbo, turbo besar tu bang..

Ya Allah,
mane la aku tau bende2 macam tu, pedulikan lah artis tu die nak kawin dengan sape pon. aku memang malas nak amik tau pasal artis. ade ke die gi tanye aku pasal artis2 yang sampah2 kawin ngn Dato la, beli ferari la...cube la tanye artis2 seksi seksa, aku tau la skit2 sebab kadang2 jeling2 gak pancaindera tu..huahuahu..
kalo borak pasal artis isteri aku memang no-1. Dari name artis sampai la pokok bunge yang artis tu tanam kat rumah pon die tau. die memang setanding dengan encik GOOGLE, aku plak?? aku memang tak tau la..cube la die tanye kat aku pasal manchester united pnye tranfer rumors ke, pasal Lee chong wei menang ke tak ke? nadal injurt ke.. aku tau la skit2..ni pasal artis..mintak maap aku mmg tak tau

klo aku masuk who want to be a millionaire, soalan no satu - sape blakon jadi faradiba dalam filem xxx..? kompem2 aku da gune talian hayat talipon wife aku..klo die tak angkat memang aku awal2 da tersingkir dengan hina sekali..

hmmm...
tu la orang kata, pro and contra kadang2 memeriahkan lagi suasana rumah tangga.
tak gune suami hensem tapi tak bahagie..untung wife aku dapat suami hensem pastu pandai amik ati plak tu...wakkakakaka (up bakul naik sendri..up up and away...)

aku saje je nak tulis ni..sebab tetibe blog ni dapat buffered earning even seketul je masuk sehari..hahha...tahniah!!



Related Posts with Thumbnails