adv

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban.

Mungkin sedikit terlewat, tapi apa apa hal pon selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga kita apa saja yang kita korbankan sama ada zahir atau batin adalah kerana Allah SWT.

Tahun ni sambutan hari raya Qorban tidak seperti tahun lepas dimana aku menumbangkan seekor lembu yang hebat dengan cara menarik tali, berpeluh jugak lah tahun lepas nak tumbangkan lembu ni. masa tu bujang lagi kot, maka aku menjadi kegilaan gadis gadis kampung di sekeliling ku kerana berjaya menumbangkan lembu. -- oh telebeh sudeyy--ini cerite tipu saja harap maklum.

Tapi pada tahun ni, disebabkan jatuhnya pada hari rabu maka sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak mengapply cuti walaupon sehari walaupon bos aku siap tanya "ko tak amik cuti ke?"..ohhh terlebey lagi sudeyy-- sebenarnye balance cuti aku dah nak habis...huahua...

pada pagi raya selepas solat subuh, aku dengan selamber balik ke katil lalu menarik selimut gebuku, tau-tau sdar2x dah pukul 7.30am. dengan gelabahnye aku mencapai tuala mandi ku yang compang-camping untuk memandikan diri. selesai aja mandi aku terus ke keramat rumah pak & mak mertua aku. lepas salam- bersalaman, selamber je aku telan 2-3 butir nasi impit bekuahkan kuah kacang. lalu kami terus ke masjid untuk solat sunat aidil adha.

Alhamdullillah selamat juga aku dan isteri solat sunat aidil adha tahun ni. selesai sahaja solat dan khutbah. aku bergegas balik dan dengan selamber tertido kat sofa sampai pukul 12 lebeh..

terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

p/s Ain harap maklum...kiteorang tak ejek ko eh..lembu ko ade nandek..lembu kite takdek..
yehaaa minggu ni balik melake...


No comments:

Related Posts with Thumbnails