adv

Tuesday, December 21, 2010

Ayah dan Ibu


note: tulisan yang di BOLD harus disebut dalam hati untuk membayangkan cerita dibawah...

Kadang-kadang tengah aku bawak kereta balik dari tempat kerja, aku terpikir "mimpi ke aku ni?". aku cuba fikir balik apa yang aku buat hari tu..
1- bangun tido
2- mandi siap-siap gi keje
3-salam ngn isteri aku tekan butang lift naik kereta/moto gi keje
4-lepak office smpai waktu balik
5-balik bawak kete/moto

hari-hari bende yang same aku buat. tu aku rase macam mimpi yang lama. nasib baik ujian-ujian dari tuhan mengvariasikan hidup aku ni. walaupun pahit ujian menimpa, harus ku telan jua. acccheewaahh..kalau tak de ujian-ujian ni..mungkin hidup ini membosankan..mungkin kita kadang kala terduduk dengan ujian dan dugaanNya. tapi bila kita dapat bangun dari tempat terjatuh. hadirlah rasa kepuasan desebalik penderitaan. mungkin itulah yang dimaksudkan hikmah disebalik kejadian.

Ayahku bukanlah Esmet Ulam Raja, Harta berkoyan-koyan, rumah lak terletak kat bukit cendawan..Ayah aku cuma seorang pendidik, begitu juga Mak aku. masa kecik ku, mak aku slalu pesan...
" tak ada apa yang mak ngn ayah dapat tinggalkan kecuali ILMU, sebab tu mak hantar kau pergi sekolah...."(Sambel menyekeh nyekeh kepalu ku...)

mak ayah aku sanggup pakai baju bundle je pergi kerje (..aku tak tau pon..da besar baru tau..), tak ade baju yang cantik untuk dorang. tapi anak-anak sume dapat baju baru. kerete buruk je mak ayah aku pakai..sampai ade jiran-jiran berbunyik

"kedekut sangat bapak ko tu tukar la kerete tu"..(aku terbayang sumbatkan selipar atau kasut palas jazz kat mulot orang tue tu)

padahal memang ada niat ayah aku nak pakai Volvo atas hasutan kawan-kawan rapat dia. Tapi hasrat dibatalkan kerana memikirkan anak-anak dia yang kuat perhabis harta seperti abdul wahab dan abdul wahib...

Bila ayah sambung Phd di UPM, kiteorang masa tu tinggal kat Segamat. ayah ulang alik dari segamat ke UPM serdang pada hujung minggu. Mak risau, ayah travel jauh naik kereta tegigil-gigil mintak nyawe. semut pon tak teragak-agak nak tendang kete tu kalau ayah aku try nak langgar dia. tapi ayah Gahkan juga bawak kereta tu ke UPM untuk program Phd dia. Mak bisik kat aku, masa tu aku tengah cuti study Diploma kat jengka.

"pis rasanya ayah patut tak tukar kereta" - terus aku jawab tanpe pikir 8 kali..."Patut mak!"
mak aku jawab "emm..mak risau la, ayah naik kereta tu jalan jauh..balik badan sakit-sakit dll..."

last-last ayah pon belilah kereta yang selese skit - proton perdana - walaupon geng-geng ayah ni orang kuat volvo..dan dia terpengaruh dengan geng-geng dia. Dia tetap pilih proton sebab ayah aku sebenarnya sangat patriotik. semangat kemelayuan dia kuat. maklumlah pendidik, apa guna dia mendidik anak bangsanya kalau bukan sebab agama bangsa dan tanahair?so beli kereta proton adalah salah satu cara memperjuangkan alif ba taa..

bila pikir balik, tak tau kenape teringin aku nak belikan ayah aku Samsung galaxy S tab sebijik untuk dia, teringin nak bawak mak ayah aku cuti-cuti di luar negeri. tapi apakan daya ini harta bukan aku yang punya..ahmad albab yang punya..berkat aku melanun kat sekolah dan university..Alhamdullilah dapat la sedikit sebanyak duit nak hidup kat kota metropolitan ni. tapi hajat aku nak bagi mak ayah aku bende-bende mahal seperti berikut. nak-nak aku da kawin ni..tempat keje wife aku masukkan gaji 31-30 hb, kadang kadang tak masuk terus. tapi company aku masukkan gaji awal 20hb dah masuk dah..so dalam tempoh 20hb ke 30hb tu...isteri aku cakap..

"bang jom gi soping soping nak...kite gi the mall ke..gi giant ke nak tak..kite soping soping ..... pakai duit abg"

dan dia akan akan senyap sambil pegang remote control astro sambil kaki sila panggung tengok awan dania bila gaji dia masuk...

wakakak..gurau serius sekejab...:P

so make dengan itu duit aku kompem habis pnye dulu..duit die ade la selamat skit2x..hahaha..tapi die rajin menyimpan..kalau macam aku..kompem aku da pasang target nak beli HTC desire HD nanti..wakkaka
kire ade gak la simpanan untuk anak aku nanti..

tapi rase kat hati memang nak bagi ayah aku samsung galaxy s tab sebab bapak aku ni pun gila gadget and gila jalan-jalan macam mak aku jugak..Banyak gak projek tengah pending ni, tapi hasilnye tak nampak lagi. isk2x..

Jasa mereka tak mungkin terbalas. dorang tak mintak pon semua tu rasanya.. tapi kalau aku mampu, pasti aku cuba buat sesuatu untuk mengukir senyuman kenikmatan di wajah dorang. dorang lah yang paling layak dibahagiakan sekarang. (duit bulan-bulan pon kadang2x tak dapat nak bagi..isk2x...)


insyaAllah satu hari nanti...


bersambung...kalau ade mood.. nak letak gambar skali nanti .... kalau aku rajin...




Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban.

Mungkin sedikit terlewat, tapi apa apa hal pon selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga kita apa saja yang kita korbankan sama ada zahir atau batin adalah kerana Allah SWT.

Tahun ni sambutan hari raya Qorban tidak seperti tahun lepas dimana aku menumbangkan seekor lembu yang hebat dengan cara menarik tali, berpeluh jugak lah tahun lepas nak tumbangkan lembu ni. masa tu bujang lagi kot, maka aku menjadi kegilaan gadis gadis kampung di sekeliling ku kerana berjaya menumbangkan lembu. -- oh telebeh sudeyy--ini cerite tipu saja harap maklum.

Tapi pada tahun ni, disebabkan jatuhnya pada hari rabu maka sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak mengapply cuti walaupon sehari walaupon bos aku siap tanya "ko tak amik cuti ke?"..ohhh terlebey lagi sudeyy-- sebenarnye balance cuti aku dah nak habis...huahua...

pada pagi raya selepas solat subuh, aku dengan selamber balik ke katil lalu menarik selimut gebuku, tau-tau sdar2x dah pukul 7.30am. dengan gelabahnye aku mencapai tuala mandi ku yang compang-camping untuk memandikan diri. selesai aja mandi aku terus ke keramat rumah pak & mak mertua aku. lepas salam- bersalaman, selamber je aku telan 2-3 butir nasi impit bekuahkan kuah kacang. lalu kami terus ke masjid untuk solat sunat aidil adha.

Alhamdullillah selamat juga aku dan isteri solat sunat aidil adha tahun ni. selesai sahaja solat dan khutbah. aku bergegas balik dan dengan selamber tertido kat sofa sampai pukul 12 lebeh..

terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

p/s Ain harap maklum...kiteorang tak ejek ko eh..lembu ko ade nandek..lembu kite takdek..
yehaaa minggu ni balik melake...


Wednesday, November 10, 2010

macam mana nak beli rumah sekitar KL?


Baru-baru ni, sedang asyik mencangkuk di depan tv rumah aku, tetibe aku ternampak sebijik condo mewah yang sedang dibangunkan berhampiran rumah aku. Pale hutak aku pon terpikir alangkah baiknye kalau aku dapat memiliki sebijik kondo mewah lengkap bersame kolam renang berjakuzi serta aweks aweks...opssss...tersasul..hehhe

tapi apekan daye..KL ni syurga untuk orang kaye, aku duduk sewa kat appartment ni je sebulan kene keluar RM800, aku pon fikir-fikir balik baik aku beli je sebijik rumah, dah setahun aku duduk sini. maknenye aku dah keluar lebih kurang 9.6k untuk tahun ni just untuk bayar sewa rumah je. CIS....boleh buat wang hantaran dah tu...oppssss...tersasul lagi..sori syg.hehhe..

lalu aku terus mencapai laptop aku, bukak lah mudah.com untuk mengoogle rumah-rumah di KL yang mungkin boleh dimiliki aku dan isteri aku, isteri aku stuju je aku nk beli rumah. die pon da tensen dok rumah sewa aku skang ni. CIS...dah la lif selalu rosak, berhantu lak tu.. ade ke siang2x byk imam, pak aji , berserban kat luar. bila malam ramai mambang pondan dan negro-negro. hari tu ada baby kena buang kat tong sampah, ada insident tembak menembak dengan polis dan perompak kat bawah blok aku. lepas ni apa lagi aku pon tak tau la nk cakap.

itulah adat duduk kat KL ni. klo sewa murah, dapat rumah pon area kawasan hitam la. maksudnye kawasan panas dengan jenayah la..aku rase kurang yakin je nak hidup ngn wife aku, mane tau di takdirkan anak aku ramai. aku tak konpiden nak membesarkan anak-anak aku dengan faktor sekeliling yang kurang memberangsangkan. silap-silap anak aku umur darjah 5 dah hisap rokok setaun awal dari bapak die time darjah 6..wakkaka...silap2x umur 3 tahun dah pandai skodeng bapok-bapok kat bawah block aku tu..peeerrhh Ya Allah jauhkan lah ini semua...

so aku rase sangat patut aku mentibai sebijik rumah yang agak mahal skit, yang bertaraf kondo, dan semestinya bukan bertaraf pangsapuri atau flat kos rendah. bukan nak belagak atau nak poyo. lihat je mane-mana flat-flat kos rendah. kebanyakkan orang yang tinggal semua macam tak ada otak. tak ada disiplin dan lain2x lagi. hari tu kereta Singh tempat aku kene timpa dengan pasu bunga dari tingkat berapa tah. kesian singh tu. dia siap nasihat aku " bang jangan park kereta bawah blok, orang sini semua tak ada otak juga, 10 taun saya duduk sini juga, saya sudah tau". bukan tu je, byk lagi benda yang jadi yang menyakitkan hati aku yang lemah ni..rase nk bertumbok pon ade..cis...

so kesimpulannya aku dan isteri aku setuju amik sbijik rumah di kondo sentul utama, dekat dengan kampung dato senu. harge die agak mahal. rase nak menangis gak nk buat loan tu. ye la. kalau beli kat kampung aku da dapat rumah semi D dah, besar lak tu..sedih...tapi apekan daye tuhan da tetapkan rezeki aku ade kat KL..sape tau nnt rumah aku naik jadi 4juta..huahua...

rumah ni ade intercom, swiming pool, cafe guard houses, lagi ape bende tah. kire selamat untuk diduduki oleh aku sekeluarga. alhamdullillah document sume da sign, loan da sign skang cuma tinggal nk dapat surat tukar nama je..insyaAllah tahun depan aku dan isteri aku masuk rumah tu..

tapi hati aku masih mencari lobang2x kerja kat area kampung aku. balik kampung kerja lagi best sebab KL ni tempat orang kaye je..aku cume ibarat lipas je kat kota raya KL. sob sob sob. lagi pon lagi best dok kampung. tenang aman damai. tak de la pening serabut macam kat KL ni. jem sane sini.. peegghhhh...sakit otak aku dok sini lame2x....

kat sini lah bakal rumahku...huhuhu..semoga dipermudahkan insyaAllah..


Wednesday, October 6, 2010

thanks nuffnang


agak sukar untuk aku menaip hari ini akibat membedal burger king 2 ketul sekali gus akibat ditipu promosi freemason burger king - satu burger RM 1 tapi kene beli dengan air coke yang kecik harge RM3 sechewenn...berhati hati lah freemason ada dimana mana.

pernahkah anda berangan seperti abg ipar dan kakak saya untuk menjadi kaya dengan hanya berblog?pernahkah anda rasa tamak dengan hasil 25sen seminggu anda?pernahkah anda terpikir seperti akak saya yang ingin menjadi jutawan nuffnang pertama di dunia?

pernahkah anda rasa gembira melihat hasil nuffnang anda sebanyak 25 sen SAHAJA, lalu mencapai talipon untuk berkongsi berita gembira ini dengan sang isteri? sayang nuffnang kita ada 25sen...eee seronoknya..kata sang suami kepada sang isteri?

tak perlulah saya bercakap besar disini,cukuplah sekadar abg long and kaklong sila tutup blog anda!!

semenjak melibatkan diri dalam arena bloggers. kini kami telah nampak hasilnya. terima kasih kepada semua pengunjung blog kami. kini kami telah bergelar jutawan nuffnang.

apa kabar blog akak & ibang ipar aku yang tak seberape iteww..25sen lagi ke? maybe 50sen kot..hahah-sila tutup blog anda!!

dengan ini saya ingin mengistiharkan bahawa kami telah menebus rm51 dari nuffnang.
tahniah untuk diri sendiri dan kawan kawan- kepada abg long dan kaklong - sila tutup blog anda!!!

sekali lagi jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ziarah blog ini untuk membaca cerita merapek kami. kepada abg long dan kaklong - sila tutup blog anda!!

soalan saya satu je..: wooii blog sebelah kalau takde rm50.sila tutup blog anda!!- full of love?

nah kaklong..lihatlah gambar dibawah ia adalah simbol keangkuhan blog kami!!..hauhauhau



perlukah saya bercakap besar lagi?
aahh cukuplah..cukuplah dengan...

abg long dan kaklong...sila tutup blog anda!!
wahhahaahah

perlu kami ulang lagi ke? ohh kami da penat..tunggulah posting satu lagi...huahuahua

Thursday, September 30, 2010

ADIL kah tuhanKu yang Maha Adil?

hidup di dunia yang fana ini adalah derita bagi orang muslim. banyak dugaan yang perlu di tempuh sebagai ujian terhadap kesetiaan pada janji yang kita ucapkan kepada pencipta. amar makruf nahi mungkar panji yang dibawa sebelum kita berperang di alam dunia yang penuh pancaroba .berbekalkan dengan berkat kalimah tauhid & dakwah laa ila haa illallah yang mengalir didalam urat muhammad dalam tubuh badan kita, kita cuba harungi dugaan ini walaupun ia amat memeritkan.

tapi dalam keadaan dunia yang sudah hampir ke penghujung zaman, manusia lupa tentang apa yang di lafazkan termasuklah aku.huhu..lagi-lagi bila kena bala aku memang menyumpah seranah orang yang bawak bala tu, rasa macam nak gigit je tengkok die padahal mungkin Allah sedang menguji hambanya. kadang-kadang bile aku buat baik kat orang-orang sekeliling, dorang buat dajal kat aku pulak. aku tolong orang tu die tikam aku plak dari belakang. ape semua itu? manakah tuhan yang maha adil?adilkah tuhan yang maha Adil itu?

pernah gak aku diuji dengan bapak mertua aku tentang keadilan Allah.

ayah aku kata " kalau tuhan tu maha adil kenapa di cipta Habil dan Qabil berbeza sifatnya, kenape sorang pembunuh dan sorang pula dibunuh?"

aku tak tau nak menjawabnye..

ayah aku tanye lagi " kenape pulak Allah ciptakan syurga dan neraka sedangkan Allah tu Maha penyayang, kenapa tak cipta semua baik je semuanya semua masuk syurga, kan adil tu?"

ayah aku macam nak cuba uji aku dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala aku sendiri.

aku mungkin tak ada jawapan tentang pertanyaan yang di diberikan oleh ayah mertua aku tu. secara zahirnya naluri(logic akal) manusia aku memang Allah tak adil pada aku. tapi hati aku masih berkata tidak..Allah adalah adil, Allah maha adil! mungkin itulah yang disuarakan oleh imanku yang lemah..alhamdullillah setakat ini biarpun secara logic akal aku byk rasa kekurangan pada apa yang dikurniakan Allah. tapi hati aku masih berkata Alhamdullillah dengan apa yang di anugerahkan.

soalan ayah aku memang selalu bermain di fikiranku. kadang-kadang aku duduk termenung mencari jawapan. duduk depan pc aku google apa maksudnya maha adil bg Allah, aku buka kitab sifat-sifat 20 yang diberikan guru tasaufku. akhirnya aku menemui jawapan setelah merujuk pada al-fakir illallah sahabat ku.jawapan yang diberikan cukup membuatkan aku berasa malu terhadap tuhanku.

tetibe aku ter flash bank kezaman lampau mase saat2x aku kecik-kecik, anugerah yang paling hebat oleh Al Rahman , Allah telah mengurniakan aku pasangan ibu bapa yang terhebat di dunia, mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri untuk kebahagiaan anak-anaknya walaupun ada sorang anak angkat dalam keluarga kami iaitu Noraain(hehehe ain abg gurau je). kasih sayang mereka curahkan memang tak ada tolok bandingnya di dunia ini.

dalam hati ku berkata " tak bersyukur lagi ke Mohd Hafiz dengan apa yang dikurniakan? ko buta kah Mohd Hafiz dengan pemberiannya?adakah ini bukan maha penyayang?adakah ini bukan maha adil?"

aku teruskan lagi sesi mengimbas masa lampau dimana aku debesarkan dengan cukup makan dan pakai. ayahku sanggup memakai baju lusuh untuk pergi ke pejabat, bertahun-tahun dia memakai baju recycle sedangkan anak-anaknya dapat baju baru setiap tahun untuk kesekolah. bukan itu aje, tiap-tiap raye sorang akan dapat baju raye yang masih segar bau kedainye"

dalam hatiku berkata " ape kau buta Mohd Hafiz dengan segala limpah rahmatnya keatas diri kau" kau masih tak reti bersyukur?

perjalanan flash back aku tiba di penghujung dimana aku telah dijodohkan dengan Siti Nadiah, seorang isteri yang baik, mendengar kate, pandai menjaga kehormatan diri, beragama dan paling penting dia amat menyayangi ku sebagai seorang suaminya. (puji lelebih skit dengan harapan die blanje pizza hari ni)

hati ku berkata lagi "tak tau lagi ape itu syukur mohd hafiz?siapa kau untuk mempertikaikan segala kehendaknya?

perjalanan back to the future aku tamat dan aku kembali ke alam nyate. sekarang ini aku sering marah2x kalau ada orang cari pasal dengan aku. aku bengang dengan orang, bengang dengan kete orang besar2x gedabak..aku selalu complaint itu complaint ini. padahal ia secara tidak langsung menunjukkan ketidak puasan hati kepada kehendak Allah.

aku menyelidikki diri ini perlahan-lahan, siapa manusia ini?siapakah diri ini?

inilah jawapan yang aku dapat.

manusia ini adalah hamba yang lemah, pemikiran serta deria manusia ada hadnya kecuali diberikan karamah oleh Allah swt. bagaimana kita manusia yang adil dimata manusia boleh menghakimi Allah yang MAHA adil? apakah maksud Maha itu sebenarnye? sesungguhnya Allah itu Maha adil, Maha itu maksudnya terlalu halus untuk kita manusia menghakimi keadilanya.

Maha itu bermakna terlalu teliti sehingga kita manusia yang jahil merasakan bahawa ia tidak adil bagi diri kita. Maha penyayangnya Ya Allah sehingga kita manusia yang jahil merasakan Allah tidak menyayangi kita. kerana hati kita buta untuk merasa dan menikmati kasih sayangNya.

cuba fikir sejenak - jika Allah itu tidak penyayang tidak dia menciptakan syurga, dan jika Allah tidak Adil tidak dia menciptakan neraka sebagai amaran kepada hambanya yang ingkar.

jika manusia menjadi tuhan - adilnya manusia dari segi logic akal - dia akan menciptakan semuanya hidup senang, semuanya menjadi raja yang berkuasa, semuanya menjadi kaya raya, tidak ada seorang pon yang menderita- itukah adil dari sudut pandangan manusia?

tapi tidak bagi Allah yang esa. Adilnya Allah adalah maha adil sehinggakan dia menciptakan kita dengan pelbagai sifat, perangai, ada yang kaya, ada yang miskin,ada yang menderita ada yang hidup senang lenang di istana. kenapa? kerana MAHA ADIL itu terlalu halus untuk ditafsir/di ukur oleh manusia jahil seperti kita. kalau semuanya menjadi raja siapa yang akan menjadi petani untuk raja makan hari-hari?sapa yang nak memerintah kalau semuanya diciptakan menjadi petani?bagaimanakah rupanya dunia ini jika semuanya menjadi raja?seimbangkah dunia ini?

semua ini tak dapat diukur oleh manusia walaupun bagi seorang hakim yang sangat adil dimata manusia lain.

sekarang ini aku terasa amat bersyukur, perlahan-lahan aku bertasauf mengenali siapa diriku ini. apa tugas kita di dunia ini? mengenali diri ini untuk tahu apa hubungan kita dengan Allah swt.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku, berikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan juga akhirat. Ya Allah berikanlah keberkatan ke atas mereka Ya Allah, jauhilah mereka dari bencana mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat.limpahkan lah rezekimu ya Allah,

Ya ALlah ampunilah dosa isteriku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, limpahkanlah rezekimu ya Allah

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh,solehah, cukup sifat, baik berbudi pekerti, berguna kepada agama bangsa dan negara ya Allah

Ya Allah peliharalah rumah tangga kami, sinari lah rumah tangga kami agar kami dapat merasa ketenangan, jauhilah kami dari syak wasangka yang boleh memusnahkan rumah tangga kami Ya Allah

Ya Allah ampunikan lah dosa adik bradik kami, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka ya Allah

Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami insan yang lemah ya Allah

Ya Allah janganlah ko matikan kami semua dalam keadaan kufur dan syirik ya Allah.

sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan juga maha adil.

amin.


Monday, September 27, 2010

panas baran


dulu mase kecik kecik aku memang suke cari gadoh dengan orang, senang cite mase tadika aku penah gigit tengkuk sorang budak la. kalau dalam adik bradik aku aku ni kuat jadi batu api. kalau adik-adik aku marah kat aku. aku provoke sampai la kiteorang bertumbok..huahuaua..

mak aku label aku "fire stone" aku salah anggap sebab aku rase macam superhero je bunyiknye. aku siap cerite kat kawan-kawan aku mak aku panggil aku fire stone dengan penuh bangga. wahaha..dah besar skit baru aku tau ape maksud sebenar mak aku.

aku ade masalah skit dari segi mengawal nafsu marah ni. huehue..ramai kate aku ni jenis orang yang hu ha hu ha ..happy go lucky.. aku memang susah nak marah..tapi bile dah marah aku memang tak boleh nak control.

teringat mase zaman kecik-kecik aku bergadoh dengan akak aku. aku amik parang nak catok kepale otak die. mujurlah time tu akak aku tengah buat cendol di bahagian hidung. mase aku nak catok kepale die die hembus hingus hijau die selepek kat muke aku..terus tak jadi catok sebab aku gelik..laju gile aku lari gi sinki cuci hingus hijau - aku harap anak aku balas dendam kat anak die nanti..dendam pasti terbalas!huh!!

betul orang cakap jodoh ni ade panas ade sejuk eh..maybe aku panas, isteri aku lak tukang sejukan. ibarat air dengan api lah kan..

sebelum kawin lagi si bum ni dah tau aku ni susah nak marah, tapi bile aku marah aku jadi hantu dan hensem.wakakka..

lepas 2-3 bulan kawin aku di uji dengan insiden samseng kerete. cite die macam ni
dalam perjalanan dari rumah aku nak gi rumah pak mertue aku kat keramat, ade seko mamat ni high beam lampu dari belakang sebab aku amik lane kanan. ye lah aku nak masuk kanan kene lah amik lane kanan. mamat tu bengang agaknye die potong aku and break emergency. peehhh aku terkejut aku pon break la..nasib baik tak kene..darah aku dah mendidih aku horn and kejar die..sekali lagi die break...bangggg!aku langgar bontot die..mase tu aku dah jadi hantu kot..aku lompat kluar dari kete nak kejar die..die cabut lari...aku masuk kete balik aku kejar la..

silap mamat tu die pegi buat U turn kat depan..terus aku block kete die aku lompat kluar gi bukak kete die aku tarik die kluar. tapi nasib die baik die pakai belt time tu. aku tengking die suruh kluar sebab senang nnt aku nak gigit tengkok die macam drakula.huahuhau..die takmau..

mamat badan berisi ni kate " ahh malas aku..aku nak amik anak aku" aku pakse gak die kluar..die tak nak.. aku kate " ok no plat ko K** 89* ko tunggu je lah..ko masuk keramat ini tempat aku ko tau " aku kencing je nak gertak..tapi aku pedulik ape..janji die kluar aku boleh la gigit tengkuk die" tapi kencingan aku tak kene..die slamber je belalu pegi masuk simpang satu lagi..aku masuk kete aku folo je dia sampai la kat lorong felda keramat tu. die kluar tangan tahan kete aku..aku berentikan kete terus keluar nak serbu die nak gigit tengkok die macam drakula crite twilight. aku rase die ni mesti werewolf musuh aku nih..pergadohan memang tak dapat di elakkan lagi.

baru je aku tunjuk taring nk gigit tengkuk die,
mamat tu kate..
dik2x dah la tu dik abg dulu macam adik gak. ank abg umor dah 20 lebih dah..
aku tak tau lak die ni da tue..aku bajet muke die dalam 30an je..tak sangke la orang tue anak umor 20 agak nye die nk dekat 50an lah.
aku pon maki la die.."tau pon ko da tue nak mampos buat la perangai macam orang tue skit"
"abg dulu macam ko gak dik, panas baran, tu abg tengok ko teringat abg mase mude-mude"
aku pon jawab " ahh skang ni ko tau ko da tue nak mampos ko ade otak ke tak de? aku amik lane kanan sebab nk masuk kanan. yang ko gi break emergency apesal? ko tak de otak ke? "

aku memang nak gigit tengkok mamat tu..nak kupas tengkorak die gune taring aku ni..wahahhaha(ketawe jahat) perggghh geram gile..skali wife aku kluar dari kete peluk aku..usap2x dade aku..wahahha..terus aku cair..

lepas je mamat tu salam aku..aku skolah kan die lagi..mintak maap lah bang.abg pon tau abg dah tue. otak tu biar matang skit lah bukan macam otak orang mude. pastu aku blah masuk kete..dah sampai rumah pak mertue aku baru aku teringat

shitt!!aku lupe mintak ganti rugi..demittt..ni sume salah wife aku..sape soh cair kan..aku...Waaaaaaa!!--

kesimpulan dari cite ini..
-pro and contra adalah keserasian
- samseng jalanan adalah sampah sahaje..setakat potong pastu bukak tingkap tunjuk isyarat lucah...gertak je kompem menggigil..dalam kete berani kluar kete kecut..
- aku sebenarnye adalah pelakon cerite twilight - aku sebenaye dracula..wahahhahah

apa tengok tengok..lu nak kena patuk ngan taring gua?



Sunday, September 12, 2010

16 sept - selamat hari jadi sayangku


16 sept telah termaktub sebagai cuti umum untuk semua negeri di Malaysia tanah air ku yang tercinta.

bukan itu aje, pada tarikh ini gak wife aku dilahirkan di bumi yang fana ini.

teringat aku tentang apa yang di ajar oleh guru agamaku mengenai alam transit manusia.
terdapat alam alam yang perlu ditempuhi manusia yang dimulai dengan alam Ruh.
pada alam ini, kesemua Ruh berada di syurga, sebelum di hantar ke alam rahim, maka ruh akan berjanji dengan Allah untuk taat setia kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Tatkala pada masa itu Ruh telah di tetapkan jodohnya.

Ya memang jodoh telah di tetapkan oleh Allah swt, tetapi bukanlah kita perlu menunggu saja jodoh kita selepas keluarnya kita dari Alam Rahim ke Alam dunia yang fana (ujian). seperti Nabi Adam a.s, beliau merantau beribu-ribu batu untuk mencari jodohnya Hawa sebelum bertemu di Jabal Rahmah walaupun di syurga mereka telah dijodohkan. begitu juga kita, kita berikhtiar dan selebihnya berdoa kepada Allah Swt agar di permudahkan bertemu jodoh yang telah ditetapkan sebelum kita dihantar ke alam rahim.

aku ni susah nak sayang kat orang sebab aku takut bila dah sayang orang tu pulak tak sayang kat aku..wahhaa..so pada zaman study aku, aku prefer hidup sebagai seorang yang solo atau lebih dikenali sebagai loser yang tiada hati dan perasaan..wahhaa.tapi sape kate loser tak sunyi,
sebelum aku berkapel ngn wife aku ni. aku tak pernah terpikir pon aku boleh syiokkk kat dia. aku rase nak kawan je. pade mate die lak aku ni mat kental tak de perasaan, muke ganaz, ade tanduk, suke kacau orang sana sini, poteng kelas adalah habitat semula jadi aku. maka kiteorang pon berkawan teman tapi mesre.

tapi pade satu hari, aku rase dammit sekali kenapa aku rase sayang kat dia padahal die ni kawan aku. huahua..aku bengang gak macam mana boleh tersayang dia sebab aku memang takut dan aku rasa tak ready lagi untuk menamatkan zaman berpeleseran aku and kompem aku hilang kawan baik kalau die rejek cinta aku ini.wahahha..

tepat jangkaan aku, mase aku cakap aku suka dia. die memang tak sedia lagi and tah macam mana kiteorang bergadoh. lama weh aku gado ngn dia. ada 3-4 taun gak. tapi rasa sayang tu memang susah nak buang. pernah aku tak tahan, aku tanye mak aku - " mak kenapa bila da sayang kat awek ni dia macam main2x kan kita pulak?" pastu mak aku jawab ape tah aku pon tak ingat...tapi jawapan dia memang pedas gak la..haha..tapi macam biasa aku gelak je pas tu..huahua

tapi aku sangat percaya dengan jodoh. aku tak pernah salahkan rasa sayang yang tuhan berikan ni.
ini adalah anugerah. tapi aku hanye berdoa setiap kali solat " Ya Allah jika itu adalah jodohku permudahkan lah Ya Allah, tapi jika ini adalah ujian Mu, aku redha dan permudahkanlah aku bertemu dengan jodohku Ya Allah"



pejalanan mencari jodoh memang memeritkan lagi-lagi bila lain orang yang kita sayang lain pulak yang sayang kat kita. nak tolak tak sampai hati sebab aku dah rase macam mana pedihnya. pedih ouhh hati ini..cewahh

tapi hari ini aku dah bertemu dengan jodoh aku. memang banyak dugaan aku tempuh untuk bertemu dengan isteri aku ni. aku harap aku dapat mencintainya sehingga ke Akhir hayatku, begitu juga dengan dia

aku juga berharap satu hari nanti jika aku dulu yang pergi meninggalkan dunia ini, Dia akan mendoakan kesejahteraan aku di alam Barzakh. Dan aku berharap dapat memimpin perempuan yang aku cintai ketika di alam akhirat kelak.

pada hari kelahirannya yang akan tiba nanti aku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. aku menghargai segala pengorbanan yang dilakukan pada aku, aku terharu dia dapat menerima aku seadanya.

Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada isteri ku Ya Allah sesungguhnya engkau lah yang maha pengasih lagi maha penyanyang. harap kami dapat menyempurnakan kontrak ta`aruf ini Ya Allah, sesungguhnya kami amat mempercayai tentang takdir hidup,mati rezeki dan jodoh kami, kami adalah hambamu yang lemah, bantu dan permudahkan urusan kami Ya Allah.
amin




Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali..

Ramadhan kali ini tak sama seperti ramadhan yang lain. kali ini aku sambut ramadhan dengan isteri terchentaaacewwwaaahhh..

kadang2 teringat balik zaman bujang time ramadhan,

zaman kekecik kalau puase dapat duit beb..aku hari2 kira untung nak collect time raya nanti. kecik2 aku memang pose penuh, memang terer gile bab puase ni..tu time raye je aku kaya raye..muahahha..mase kecik2 ni aku selalu ponteng skolah fardu ain gi main game arcade kat pekan PD. bulan pose memang kerap lah aku gi. tapi agaknye tuhan nak insafkan aku. tak sempat aku nak masuk arcade game.polis datang rush pusat game tuh.terus aku takut. ye lakan tak cukup umur. time bukak pose aku nye muke la paling letih skali. ye la hyperactive katekan..huahuah..aku memang suke pow mak ayah aku time bukak pose ni..mesti beli sedap2x kuih2..ade 1 kuih peberet aku mase kecik..aku tak tau name specifik die..tapi aku panggil die kuih hijau cicah air gule melake..huahua..perrgghh tekeliooo aku ni..

zaman diploma - jengka - time pose dining memang aku tak singgah lah time berbuka..nak berbuka aku gi outing lepak makan ngn kawan2x kat luar. ye la zaman bujang desperate dengan masalah cinta..wakakka..sebab time tu aku heavy smoker, maybe sebab ade masalah otak kusut kot..hahaha..berbuka kat luar memang best sebab lepas abis je nasik terus nyale sebatang rokok..peerrgghh puas gila sebab sangap tahan lame2..kadang2 tu aku kluar gak berbuka dengan pasangan blind date. kononnya nak cari jodoh di bulan ramadhan yang mulia..haha..tapi tu la agaknya memang jodoh aku dengan wife aku skarang ni..blind date byk2x tapi tak berkenan di hati yang suci ini..hahha..sape lagi yang mengajar aku bab-bab blind date ni..kompem2x lah Saadi Amir bin Silahuddin.

sape yang study kat jengka batch aku dan sewaktu dengannya mesti tau pasal virus blind date ni..mana taknya setiap bilik ada telephone percuma di sediakan untuk bergayut di setiap bilik. memule aku memang malas nak layan telephone ni. tapi ye la aku di perantauan kesunyian tanpa kasih sayang.tu aku capai gak telephone KOPTEL layan ngn amir sampai sorang awek ni dismis secare senyap. mana taknye kol 8- 11pm die gayut ngn amir. kol 11-3am die call aku plak..tetibe next sem call handphone die die letak. hahha..kelakar btul ingat zaman kat jengka ni.

pergghh lari topikkk...bab mengarut bagi kat aku..huahuahua..

zaman tinggal kat Shah alam pon seksa gak..tak da duit..semuanya mahal..tapi sebab bdak2 rumah 503 blok 40 pemalas orangnya..kiteorg sllu je beli makanan kat pasar ramadhan dan kadang2 kiteorang gi MCd layan bigmac.. isk2..zaman ni memang boring gila..nk kluar duit tak ada. so jadi gamers sejati la main game smpai lapar, pastu tido dengan harapan lepas tido bagun2 terus kenyang..awek tak de gak time ni..so bebuke ngn kawan2 je la..tp last2 sem ade awek dah..huhuhu..aku buke pose ngn die la kadang2..kih kih kih

zaman kerje + bujang.
duduk dengan ajib memang menduke citekan. duit dah ade beli PS game console mase bulan puase. cis..1st day aku ajak gi terawih..dorang layan PS. aku gi la sorang2x. hari ke-2 aku ajak lagi..dorang tak mempedulikan ajakan orang yang beriman macam aku ni..aku pergi sorang2 lagi..hari ke-3 aku ajak lagi..dorang taknak dengan aku2x pon main PS smpai la habis puasa. kalau tak PS aku men-dota..cis...semoge ajib insaf seperti aku..ehh tapi aku tengah pikir nk beli PS3 ni..macam mane ni nk insap..hahaha.


kepada semue kawan2 , selamat menyambut ramadhan yang mulia ini. semoga beroleh rahmat dariNya. maafkan daku yang suka menyakiti hati mu cewahh..mari lah bermaaf-maafan..nanti raya kita mintak maaf lagi sekali..

Monday, July 26, 2010

Pro and contra



Iphone memang 1 benda yang menagihkan. macam aku bila dah pegang iphone sambil WIFI bersepah2 di segenap penjuru KL ni..tak kira plak 3g yang aku pakai pakej 512mb sebulan..memang pantang la klu aku tengah ade free time tak pon isteri aku tengah membebel tat kala perut aku tengah lapar tume tunggu order sampai.

habitat aku klo perut lapar aku malas nak becakap ngn malas nak dengar orang becakap..
habitat isteri aku plak perut memang lapar 24 jam selari ngn mulut die yang 24 bercakap..

normal la tuh.. sebab tu orang cakap..

LELAKI ni COOL
perempuan .... no comment..:P

so untuk me-neutral kan masalah ni. aku belek iphone aku bile die bercakap..aku bukan tak suke dengar die becakap..aku suke je..tapi kang bile aku tak respon die marah, so aku yang mithali ni sekali lagi memain kan peranan penting dengan body language seorang model jepon dengan iphone 3gs ku ini.

bile aku pengang je iphone smbil buat muke berkerut konon2 tengah bace berite pasal kes liwat anuar, tak pon cerite pasal akhirat (cewah) dan semestinya bukan duniawi (artis-artis, scandal2x, dan lain lain). wife aku pon terdiam sambil menonton TV kedai makan tu..hehe..lepas da makan baru aku ajak die borak balik..

bijak bukan lelaki ni?haha..tak payah puji aku plizz.aku da biase kene puji :P

screen shot iphone aku (isteri no 2)


Lagi satu bende yang merunsingkan kepale aku ialah..

aku ni memang malas nak amik tau pasal artis2 di dalam dan luar negare. kalau ade sulat kaba lama ataupon sulat kaba baru, semestinye aku selak bahagian sukan dulu, dan halaman pancaindera memang aku tolak ketepi lalu dengan pantas di sambar isteri ku yang memang setanding dengan GOOGLE kalo cerite pasal artis2x ni.

aku hanye boleh ber-isthifar dan menasihatkannya sahaja..(cewah)

masalahnye..die selalu tanye aku pasal artis2 ni..contoh die denga hot FM..tetibe die tanye aku..bang Si-X ni kawin ngn si-Y kan..anak die si-P tu ade kete kaler kuning spotrim 17 kan?tayar die silverston enjin covert turbo, turbo besar tu bang..

Ya Allah,
mane la aku tau bende2 macam tu, pedulikan lah artis tu die nak kawin dengan sape pon. aku memang malas nak amik tau pasal artis. ade ke die gi tanye aku pasal artis2 yang sampah2 kawin ngn Dato la, beli ferari la...cube la tanye artis2 seksi seksa, aku tau la skit2 sebab kadang2 jeling2 gak pancaindera tu..huahuahu..
kalo borak pasal artis isteri aku memang no-1. Dari name artis sampai la pokok bunge yang artis tu tanam kat rumah pon die tau. die memang setanding dengan encik GOOGLE, aku plak?? aku memang tak tau la..cube la die tanye kat aku pasal manchester united pnye tranfer rumors ke, pasal Lee chong wei menang ke tak ke? nadal injurt ke.. aku tau la skit2..ni pasal artis..mintak maap aku mmg tak tau

klo aku masuk who want to be a millionaire, soalan no satu - sape blakon jadi faradiba dalam filem xxx..? kompem2 aku da gune talian hayat talipon wife aku..klo die tak angkat memang aku awal2 da tersingkir dengan hina sekali..

hmmm...
tu la orang kata, pro and contra kadang2 memeriahkan lagi suasana rumah tangga.
tak gune suami hensem tapi tak bahagie..untung wife aku dapat suami hensem pastu pandai amik ati plak tu...wakkakakaka (up bakul naik sendri..up up and away...)

aku saje je nak tulis ni..sebab tetibe blog ni dapat buffered earning even seketul je masuk sehari..hahha...tahniah!!



Friday, July 2, 2010

Oh! Award

ehem2..adoih berpeluh2 plak...(nervous nak bg ucapan)..
thanks to messygal coz meng'award'kan award yg boleh buat ciky & bum semakin perasan & senyum sorg2. biaselah 1st award..so saje la nak yopo2 muahahaha mmg terbaek la award ni..cute blogger tuh..bukan cute blog okehhh..sgt seswai dgn ciky & bum yg sememangnye kiut miut ohohohohoho MySpace





1) Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama itu?


name blog kami CIKYBUM sbb blogger nye terhasil drpd air tangan (peluh) 2 org:
sorg cikeding - nama glamournye CIKY
sorg lg tembam - nama glamournye BUM
maka terhasillah gabungan ciky + bum = CIKYBUM...bergabung!!! (ala2 goten & trunks)

2) Jelaskan kenapa, bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda? 


dah jawab kat soalan atas


3) Bila blog anda mula beroperasi?

baru je lagi..mase sebelum gerhana bulan hari tu


4) Siapa follower pertama anda?


muahahaha mestilah musuh utama sape lg kalo bukan abg perot aka abg ipar kitorg..wahai abg perot, silelah seru bini anda aka akak kentut supaye jd follower okehs. ini adalah paksaan


5) Soalan tambahan : Adakah anda rasa anda memang layak dapat award ni? 


versi sopanlah kunun (rase nak lempang je) : 
emm..x layak lah..sape kate layak? layak ke? ramai lg yg layak..sapelah kitorg ni, x cute pon, kitorg ni biase2 jer, ibarat cendawan x sempat tumbuh (idong kembang kempis kembang kuncup nak tahan bangge)
 MySpace


versi tak sedar diri : 


waaaah soklan membunuh ni..disebabkan ciky & bum mmg suke perasan, mmg xleh nak wat pe lah kan..maka jawapannye adalah 


YA!! Kami layak!! (idong kembang tak kuncup2) MySpace








6) Ucapan anda kepada si pemberi award

mekaceh byk2 messygal for this award. really appreciate it. terharu. sob3. nnt bg lah lg ye. ajak ramai2 lagi bg award MySpace

7) Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini ..

erk..glup!! (telan air liur jap)
zzzz....kroih3...hewwww....(tido 3 malam utk cr ilham)
kringgggggg!!! (alarm bunyik)
huarggghhhhhh...!! (bangun & menguap2 mcm badak air)
jawapannye :
ikhlas dari hati...xtau nk bg kat sape..tp yg penting kene bg balik award ni kat messygalnnt dia mesti bg lg byk award kat kitorg hahahahahaha hidop messygal!! messygal cuteeeee!!! (ikhlas okehh)
SEKIAN TERIMA KASYEHH ~lalalalalala kami cute...~lalalalala~ MySpace

Tuesday, June 29, 2010

Pantai

oh setelah mengodek2 gambar di dalam PC, Cis rupenye ade lagi gambar yang tak abis di story kan lagi. Huahua. Gambar ni di ambil mase angah kawin juga, tapi time nk Magrib la. Di sebabkan Si Bum ni Orang KL, tak penah lah die melihat Pantai yang cantik. Dalam Otaknye hanye lah Pantai Dalam dan hospital Pantai je la yang ade kat dunie ni. Atas rase simpati yang membuak2, si Ciky menyesetatkan kerete lalu membawa nye kepantai.

kiteorang lepak kat Pantai PD la mane lagi, Niat Dihati nk gi kat pantai Telok kemang, maklumlah awek disana berpusu pusuan terjun kelaut yang tenang sambil dilihat oleh buaye-buaye di tepi pantai. Tapi mengenangkan ke mithalian yang memang sedia ade dalam diri ku. ku patahkan hasrat itu lalu membawa si Bum ke Pantai PD kerana dekat dengan masjid bagan pinang, dengar skit azan Magrib nanti..hehe..

Maklum lah dah lame aku tak lepak2 kat PD, macam2 perubahan, bile tengok pantai yang indah dan permai, teringat zaman ponteng skolah semate-mate nak tangkap ikan kecik-kecik kat tepi pantai tu, balik basah kuyup kene libas ngn paip getah...sambil jalan2 menceritekan pengalaman dibesarkan kat PD selama 18 taun, kami bejalan berpimpinan tangan sambil mate ku liar memandang awek2 yang kepenatan bersantai di tepi pantai. tangan kiri memengang DSLR untuk mengetes power.

kami berlari-larian sambil menyanyikan lagu Seiring dan sejalan dendangan bawaklori jualtikar (broery marantika) ala manje-manje gitu. sempat jugak aku snap gambar si bum ni..huhuhu..

ni dia gamba si bum ala-ala pulang dari umrah


gaye poyo termenung mengenangkan pantai Dalam dan hospital pantai Di kuala lumpur

tengah berjalan2 tetibe si bum memekik 
abg..abg...ape tu..bende bejalan atas air tu..!!"pekik orang KL"
ouhh...itu sampan bermotor atau name saintifik die motorbot

kesian tengok orang KL yang jakun melihat bot di - atas air
aku pon snap lah gambar untuk die tunjukkan kat kawan2 Se-KL dengan die. maklum lah Pantai Dalam tak de bot dorang pakai BAS intrakota, teksi dan Putra LRT je..

bukan main happy si Bum bile abang die snap gambar bot yang cantik meluncur di atas air.
ku mengeleng2 kan kepale sambil dalam hati berkate.. naive sunggu orang Key Ell ini..huahuhau" cewah...


cantik bukan? maaf saya tak amik job amik gambar orang kawin..jgn tempah saye OK.

sempat gak kiteorang main conteng2 vandalism kat atas pasir pantai tu..huahuhua... 



ni lah yang kami conteng di tepi pantai smbil menyanyikan lagu riang gembira dan bertepuk tampar manja..

Tetibe azan di kumandangkan oleh anak buah Imam Abu masjid bagan pinang. aku bingkas bangun untuk pulang. jelas kelihatan air mate bum mengalir kerana sedih nak meninggalkan Pantai PD yang cantik dan indah tak seperti hospital pantai medical center dan Pantai Dalam.

kepade pembace sekalian, sila tengok Blog yang tak ramai peminat milik abg ipar saya iaitu abang perut dan kakak saye yang tak cantik itu..

kesian tak de sambutan - sebelum beliau tutup blog sila lah lawat.. 


akhir kata - ABg long sekeluarga sila tutup blog anda!..ahahhaa

Thursday, June 24, 2010

aku sudah berumur 26 tahun (masih ensem + perot menten)

kejab je masa berlalu..tau tau da 26 dah umur aku walaupun muka aku orang kata ala2 fresh 18th lagi..huahua..

tapi taun ni punya birthday lain skit dari yang tahun 2x sebelumnya. ye lah..aku sambut dengan wife aku..huahuau...tak tak tau camne aku boleh lupe birthday aku taun ni..maybe sebab banyak sangat tanggung jawab sebagai suami yang mithali dan hensem seperti brad pit. entah lah..wallahualam..

si bum memang gelabah gila. ye la die nak drive kete nak beli kan hadiah untuk aku tak boleh sebab tak terer bab memandu..so nak tak nak dia terpaksa lah mintak tolong husband die yang brad pit ini.

si bum : bang ,jom kluar beli barang..
si ciky : barang ape malam2 ni sayang..
si bum : ade la abang ..sayang mane reti bawak kete nak beli2 barang...

si ciky :oooh ari jadi abg ke? alah just pegi je kedai sony mane2 mintak dorang deliver TV sony bravia + PS3.. pastu pesan kat tukang hantar tu ketuk pintu sambil jerit supriseee!!! mesti abg gumbiree..huahuahua
si bum : bukan la perasan...ni nk beli bunga untuk letak kat opis ni..

si bum merajukk...di sebabkan ke mithali-an si ciky. lalu di ajak nye si bum mencari bunge..

dah byk kali pusing tak jumpa2 kedai jual bunga tapi si bum nak jugak bunge ros warna merah. 
setelah banyak kali pusing, last2 jumpe lah kedai india yang jual bunga untuk sembahyang (sembahyang orang india) dengan gamble nye si bum turun dari kerete dan bertanye :

si bum : uncle ada bunga ros tak (dalam bahasa india)
tokey bunga : tak ada juga lecthumi..ini bunga sembahyang juga...
si bum * sedih..
tokey bunga kesian..
tokey : kejab saya bukak saya pnya peti sejuk juga..ada 2-3 batang..tapi sudah layu juga..
si bum : boleh la uncle layu skit pon tak ape..
tokey : ini tak mau ka ? sambil menunjukkan bunga melur kuning ( orang india pakai nak gi sembahyang kot)
isteri tokey  menjeling tajam pada suaminya...
tokey bunga : tadalah saya main2 juga..hahhahaha

lalu si bum pon membeli bunga tersebut dengan harga yang murah...(p/s bunga ROS merah ok bukan bunga sembahyang)

last2 esoknye baru la tau rupenye ros itu untuk diriku yang brad pit ini..oohhhh ensem sungguh brad pit dengan bunge ros..jadi gambar aku mengigit bunge ros adalah di haramkan pempublishan nye.huahuahuahu

ini la die bunge ros yang layu itewww

tapi aku teringat balik camne muke wife aku gelisah bunge tak jmpe..
huhu..terharu jugak tengok isteri aku ni nk buat seprais kat aku..even aku dah tau..tapi tengok kesungguhan die nak buat seprais kat aku sampai cari bunga kat kedai jual bunga sembahyang untuk orang india tu...
gamble gila...sib baik ada..klo tokey india tu kata " ada tapi atas bukit batu caves juga lechumi" 
tak ke maut aku nk pegi anta dia panjat batu caves
si bum mengayekan bunge ros dengan dirinya..cantik kan si bum (nampak ke)wakaak


meneran kentut smbil memegang bunge..hebat kan gaya ini?


sayang ni abg nak pesan sempena ulang tahun ke 26 abg ni..
thanks 4 everything, bukan senang nak menterharu kan hati abg yang hensem ni..cube cakap kat abg...brad pit mana yang menangis depan awek die? huahu..abg suke sangat hadiah ni..muahhhsss...tapi taun depan jangan buat lagi ok..
abg dah tue..tak larat nak naik kete teman sayang pusing2 KL cari bunge ros merah..lagi pon minyak makin lame makin mahal, asap kerete pon penyumbang kepade pencemaran alam sekitar. bukan tu aje..kite boleh menyebabkan lalu lintas sesak..kesian kat orang yang keje hari minggu, da la kene keje..balik rumah jem pulak tu. getah pon dah mahal gak..kite kene berjimat cermat, kalau selalu keluar botak tayar kerete. kesian pakcik yang menoreh setiap pagi nak cari getah.

abang tau memang susah nak seprais abang. ye la abg ni sempoi je..buat sempoi2 dah la tak perlu la bersusah payah. skarang dah canggih. sayang order je online TV 32" SONY BRAVIA + PS3 kat internet. tak payah susah2 nak pikul naik tingkat 8 untuk seprais kan abang. sayang tunggu je orang hantar depan pintu siap pasang depan kita lagi. kita boleh monitor dorang sambil minum teh cameron highland yang kite beli dulu.


Itu pon dah cukup membahagiakan abang sayang...percayalah...muaahhhsss

p/s : abg long tak perlulah bertanyekan macam mane saya me menten kan perut saya..6 packs ok!!
kerana untuk mendapatkan perut yang ramping bukan semudah yang anda fikir kan....hauhuahua

ni dia wife yg ku cyg..huhauhua..cantik kan..:P


sape berani kaco die....nah amik ni gaye lipan tanah menangkap lipas tahap 118


Related Posts with Thumbnails