adv

Thursday, September 30, 2010

ADIL kah tuhanKu yang Maha Adil?

hidup di dunia yang fana ini adalah derita bagi orang muslim. banyak dugaan yang perlu di tempuh sebagai ujian terhadap kesetiaan pada janji yang kita ucapkan kepada pencipta. amar makruf nahi mungkar panji yang dibawa sebelum kita berperang di alam dunia yang penuh pancaroba .berbekalkan dengan berkat kalimah tauhid & dakwah laa ila haa illallah yang mengalir didalam urat muhammad dalam tubuh badan kita, kita cuba harungi dugaan ini walaupun ia amat memeritkan.

tapi dalam keadaan dunia yang sudah hampir ke penghujung zaman, manusia lupa tentang apa yang di lafazkan termasuklah aku.huhu..lagi-lagi bila kena bala aku memang menyumpah seranah orang yang bawak bala tu, rasa macam nak gigit je tengkok die padahal mungkin Allah sedang menguji hambanya. kadang-kadang bile aku buat baik kat orang-orang sekeliling, dorang buat dajal kat aku pulak. aku tolong orang tu die tikam aku plak dari belakang. ape semua itu? manakah tuhan yang maha adil?adilkah tuhan yang maha Adil itu?

pernah gak aku diuji dengan bapak mertua aku tentang keadilan Allah.

ayah aku kata " kalau tuhan tu maha adil kenapa di cipta Habil dan Qabil berbeza sifatnya, kenape sorang pembunuh dan sorang pula dibunuh?"

aku tak tau nak menjawabnye..

ayah aku tanye lagi " kenape pulak Allah ciptakan syurga dan neraka sedangkan Allah tu Maha penyayang, kenapa tak cipta semua baik je semuanya semua masuk syurga, kan adil tu?"

ayah aku macam nak cuba uji aku dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala aku sendiri.

aku mungkin tak ada jawapan tentang pertanyaan yang di diberikan oleh ayah mertua aku tu. secara zahirnya naluri(logic akal) manusia aku memang Allah tak adil pada aku. tapi hati aku masih berkata tidak..Allah adalah adil, Allah maha adil! mungkin itulah yang disuarakan oleh imanku yang lemah..alhamdullillah setakat ini biarpun secara logic akal aku byk rasa kekurangan pada apa yang dikurniakan Allah. tapi hati aku masih berkata Alhamdullillah dengan apa yang di anugerahkan.

soalan ayah aku memang selalu bermain di fikiranku. kadang-kadang aku duduk termenung mencari jawapan. duduk depan pc aku google apa maksudnya maha adil bg Allah, aku buka kitab sifat-sifat 20 yang diberikan guru tasaufku. akhirnya aku menemui jawapan setelah merujuk pada al-fakir illallah sahabat ku.jawapan yang diberikan cukup membuatkan aku berasa malu terhadap tuhanku.

tetibe aku ter flash bank kezaman lampau mase saat2x aku kecik-kecik, anugerah yang paling hebat oleh Al Rahman , Allah telah mengurniakan aku pasangan ibu bapa yang terhebat di dunia, mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri untuk kebahagiaan anak-anaknya walaupun ada sorang anak angkat dalam keluarga kami iaitu Noraain(hehehe ain abg gurau je). kasih sayang mereka curahkan memang tak ada tolok bandingnya di dunia ini.

dalam hati ku berkata " tak bersyukur lagi ke Mohd Hafiz dengan apa yang dikurniakan? ko buta kah Mohd Hafiz dengan pemberiannya?adakah ini bukan maha penyayang?adakah ini bukan maha adil?"

aku teruskan lagi sesi mengimbas masa lampau dimana aku debesarkan dengan cukup makan dan pakai. ayahku sanggup memakai baju lusuh untuk pergi ke pejabat, bertahun-tahun dia memakai baju recycle sedangkan anak-anaknya dapat baju baru setiap tahun untuk kesekolah. bukan itu aje, tiap-tiap raye sorang akan dapat baju raye yang masih segar bau kedainye"

dalam hatiku berkata " ape kau buta Mohd Hafiz dengan segala limpah rahmatnya keatas diri kau" kau masih tak reti bersyukur?

perjalanan flash back aku tiba di penghujung dimana aku telah dijodohkan dengan Siti Nadiah, seorang isteri yang baik, mendengar kate, pandai menjaga kehormatan diri, beragama dan paling penting dia amat menyayangi ku sebagai seorang suaminya. (puji lelebih skit dengan harapan die blanje pizza hari ni)

hati ku berkata lagi "tak tau lagi ape itu syukur mohd hafiz?siapa kau untuk mempertikaikan segala kehendaknya?

perjalanan back to the future aku tamat dan aku kembali ke alam nyate. sekarang ini aku sering marah2x kalau ada orang cari pasal dengan aku. aku bengang dengan orang, bengang dengan kete orang besar2x gedabak..aku selalu complaint itu complaint ini. padahal ia secara tidak langsung menunjukkan ketidak puasan hati kepada kehendak Allah.

aku menyelidikki diri ini perlahan-lahan, siapa manusia ini?siapakah diri ini?

inilah jawapan yang aku dapat.

manusia ini adalah hamba yang lemah, pemikiran serta deria manusia ada hadnya kecuali diberikan karamah oleh Allah swt. bagaimana kita manusia yang adil dimata manusia boleh menghakimi Allah yang MAHA adil? apakah maksud Maha itu sebenarnye? sesungguhnya Allah itu Maha adil, Maha itu maksudnya terlalu halus untuk kita manusia menghakimi keadilanya.

Maha itu bermakna terlalu teliti sehingga kita manusia yang jahil merasakan bahawa ia tidak adil bagi diri kita. Maha penyayangnya Ya Allah sehingga kita manusia yang jahil merasakan Allah tidak menyayangi kita. kerana hati kita buta untuk merasa dan menikmati kasih sayangNya.

cuba fikir sejenak - jika Allah itu tidak penyayang tidak dia menciptakan syurga, dan jika Allah tidak Adil tidak dia menciptakan neraka sebagai amaran kepada hambanya yang ingkar.

jika manusia menjadi tuhan - adilnya manusia dari segi logic akal - dia akan menciptakan semuanya hidup senang, semuanya menjadi raja yang berkuasa, semuanya menjadi kaya raya, tidak ada seorang pon yang menderita- itukah adil dari sudut pandangan manusia?

tapi tidak bagi Allah yang esa. Adilnya Allah adalah maha adil sehinggakan dia menciptakan kita dengan pelbagai sifat, perangai, ada yang kaya, ada yang miskin,ada yang menderita ada yang hidup senang lenang di istana. kenapa? kerana MAHA ADIL itu terlalu halus untuk ditafsir/di ukur oleh manusia jahil seperti kita. kalau semuanya menjadi raja siapa yang akan menjadi petani untuk raja makan hari-hari?sapa yang nak memerintah kalau semuanya diciptakan menjadi petani?bagaimanakah rupanya dunia ini jika semuanya menjadi raja?seimbangkah dunia ini?

semua ini tak dapat diukur oleh manusia walaupun bagi seorang hakim yang sangat adil dimata manusia lain.

sekarang ini aku terasa amat bersyukur, perlahan-lahan aku bertasauf mengenali siapa diriku ini. apa tugas kita di dunia ini? mengenali diri ini untuk tahu apa hubungan kita dengan Allah swt.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku, berikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan juga akhirat. Ya Allah berikanlah keberkatan ke atas mereka Ya Allah, jauhilah mereka dari bencana mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat.limpahkan lah rezekimu ya Allah,

Ya ALlah ampunilah dosa isteriku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, limpahkanlah rezekimu ya Allah

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh,solehah, cukup sifat, baik berbudi pekerti, berguna kepada agama bangsa dan negara ya Allah

Ya Allah peliharalah rumah tangga kami, sinari lah rumah tangga kami agar kami dapat merasa ketenangan, jauhilah kami dari syak wasangka yang boleh memusnahkan rumah tangga kami Ya Allah

Ya Allah ampunikan lah dosa adik bradik kami, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka ya Allah

Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami insan yang lemah ya Allah

Ya Allah janganlah ko matikan kami semua dalam keadaan kufur dan syirik ya Allah.

sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan juga maha adil.

amin.


1 comment:

ridza adhil said...

masih belum dapat jawapan yg meyakinkan..memang Allah maha Adil, ciptakan raja, ada juga petani..tapi, bila diri ini dihidupi sebagai "petani", sedangkan yg lain gah2, masa bila pula kita akan jadi raja pula..kalau sentiasa 'petani' aje, mana yg adilnya..?

Related Posts with Thumbnails