adv

Saturday, April 16, 2011

Hamba yang berdosa

Kawan kawan
Ketika aku menulis disini
Aku berasa amat berdosa
Bukan tujuan ku mengadu pada kamu semua,
Tapi sekadar mengingati diri yang hina
Yang sangat berdosa..
Disamping mngingati sesama kita yg semakin hanyut melupakan dia

Kawan-kawan
Kadang kadang aku terlupa & terleka
Kerana punya jiwa yang tiada istiqamah padaNya..
Seringkali berulang melakukn dosa..
Tanpa mmikirkn Dia..

Kawan kawan
Kadang kadang aku lupa & alpa dgn dunia
Merasa diri berkuasa kerana terhijab..
Merasa celik tp sebenarnya buta..
Merasa gagah tp sebenarnya aku tiada apa apa..
Sebaliknya semua milikNya..

Kawan kawan
Kadang kadang aku terleka & bangga dgn amalan
apalah sgt amalanku jika dibanding dgn khidmatNya
Mengerakkn jatung dan nafasku setiap masa,tanpa henti-henti memberi rahmatNya..
Kerana Ar-Rahman & Ar-Rahim kepada hambaNya..
Walhal aku sendiri seringkali melupakanNya..

Kawan kawan
Aku sangat takut kawan kawan..
Bagaimana jika aku dipanggil bertemu Dia..
Cukupkah amalanku walhal sebenarnya itu bukan amalanku..
Cukupkah amal jariahku walhal itu adalah ehsanNya padaku..
Cukupkah semua itu walhal semua itu adalah daripadaNya..

Aku brasa sngat berdosa ketika ini Ya Allah Ya Tuhanku..
kawan kawanku..
Marilah memaafi sesama kita..
berdoa kepadaNya..
Agar kita semua iaitu hamba hambaNya..
Dapat mengadap kepadaNya..
Bukan dalam keadaan bangga dengan amalan,sedekah jariah dan apa saja..
kerana itu hakikatnya adalah hakNya..
Tapi ckuplah dengan sekeping hati yang hina disisiNya yg sangat CINTA dan RINDU akan Dia...

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami dan datangkan lah rasa rindu dan cinta pada MU itu kepada kami semua

Ya Allah tiada yang lain melainkan Mu YA Allah...
Hanya keredhaan Mu yang aku harapkan...

No comments:

Related Posts with Thumbnails